Macam Tak Sanggup Je...

Salam dears,
Hari Jumaat ni Mama akan ke Vietnam, company trip. Memula dapat tau boleh pi, excited tak hengat. Sebab tak pernah pi n ni comp tanggung, opkos tergedik nak pi kan. Siap buat passport semua.

Tapi...bila harinya makin dekat, makin rasa cam tanak pi laa plak. Sebabnya kena tinggal si kembar 3 ni. Company trip ni untuk staff je, tak bawak family.

Mama memang jarang yang amat amat jarang berjauhan ngan si kembar ni. Pernah pun masa sesapa masuk wad je. And pernah laa skali tinggalkan diorang kat kampung for a few days masa diorang baby dulu. And that few days Mama tak leh nak tido, asyik terbayang terngiang ngiang suara diorang. So lepas tu memang takdak lah nak hantar balik kampung if Mama tak ikut skali. Aii tak tertanggung rindu, chewahhh hehe.

So now kerisauan yang sama lah melanda nih. Camna Mama nak tido malam nanti ni kalau tak dapat hug hug kiss kiss diorang sebelum tido? Mau nangessss nih huhuhu

Tambah plak masa 1st time bagitau si kembar ni nanti Mama nak pi 'keja' jauh, tak balik malam, si Fahmi kata "Mama tak yah lah pegi, Mama duduk rumah lah. Nanti kitorang rindu cemana?". Smalam si Fauzi plak kata "Fauzi nak Mama" and Faris datang hug hug Mama. Sayu nya rasa time tu.

Nak pujuk diorang, Mama kata bos Mama yang suruh pegi, kalau tak nanti bos marah *tipu*. And nanti diorang pi duduk umah Atuk n Nenek. Baru diorang ok.

Ishhh kalau ikut hati ni rasa nak cancel je lah, tak yah pi lah. Tapi semua arrangement dah konpem, if cancel kena bayar balik duit tiket hotel semua kat company. Mahal kot aii tak dak duit huhu

Alahai camna nih...blum pegi dah rasa rindu. Ntah boleh enjoy myself or not kat sana nanti ntah.

Hmm ikut kata opismate Mama, time siang ok kot sebab bz dok shopping sakan. But nak tido malam gerenti rindu yang amat. Hati mak kan, mana mungkin tak ingat anak anak kan, kan?

Mood sedih nak tinggal anak anak. Padahal 3 hari 2 malam je pun. Ishhh 3 hari 2 malam tu laaamaaa tuuuu...