Tuesday, March 4, 2014

Macam Tak Sanggup Je...

Salam dears,
Hari Jumaat ni Mama akan ke Vietnam, company trip. Memula dapat tau boleh pi, excited tak hengat. Sebab tak pernah pi n ni comp tanggung, opkos tergedik nak pi kan. Siap buat passport semua.

Tapi...bila harinya makin dekat, makin rasa cam tanak pi laa plak. Sebabnya kena tinggal si kembar 3 ni. Company trip ni untuk staff je, tak bawak family.

Mama memang jarang yang amat amat jarang berjauhan ngan si kembar ni. Pernah pun masa sesapa masuk wad je. And pernah laa skali tinggalkan diorang kat kampung for a few days masa diorang baby dulu. And that few days Mama tak leh nak tido, asyik terbayang terngiang ngiang suara diorang. So lepas tu memang takdak lah nak hantar balik kampung if Mama tak ikut skali. Aii tak tertanggung rindu, chewahhh hehe.

So now kerisauan yang sama lah melanda nih. Camna Mama nak tido malam nanti ni kalau tak dapat hug hug kiss kiss diorang sebelum tido? Mau nangessss nih huhuhu

Tambah plak masa 1st time bagitau si kembar ni nanti Mama nak pi 'keja' jauh, tak balik malam, si Fahmi kata "Mama tak yah lah pegi, Mama duduk rumah lah. Nanti kitorang rindu cemana?". Smalam si Fauzi plak kata "Fauzi nak Mama" and Faris datang hug hug Mama. Sayu nya rasa time tu.

Nak pujuk diorang, Mama kata bos Mama yang suruh pegi, kalau tak nanti bos marah *tipu*. And nanti diorang pi duduk umah Atuk n Nenek. Baru diorang ok.

Ishhh kalau ikut hati ni rasa nak cancel je lah, tak yah pi lah. Tapi semua arrangement dah konpem, if cancel kena bayar balik duit tiket hotel semua kat company. Mahal kot aii tak dak duit huhu

Alahai camna nih...blum pegi dah rasa rindu. Ntah boleh enjoy myself or not kat sana nanti ntah.

Hmm ikut kata opismate Mama, time siang ok kot sebab bz dok shopping sakan. But nak tido malam gerenti rindu yang amat. Hati mak kan, mana mungkin tak ingat anak anak kan, kan?

Mood sedih nak tinggal anak anak. Padahal 3 hari 2 malam je pun. Ishhh 3 hari 2 malam tu laaamaaa tuuuu...

7 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, semoga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik ke Vietnam. siannya kembar dah sedih2 nak mama dia...

Ayu azmir said...

terus kan je niat tu.... 3 hri je punnn... anggap hadiah utk diri sendiri

Pencari Kebahagiaan said...

alahai sayu nye baca.huhu

akak rajin2 la kol dorang nnt dh smpai sane. pastu beli sovnier bnyak2. mesti dorang suke punye lah.hehe

Pencari Kebahagiaan said...

alahai sayu nya baca.huhu

akak selalu lah call dorang nnt sampai sana. pastu beli sovenier banyak2 utk dorang. mest dorang suke punya lah.hehe

sheisjaz said...

kak..kuat ok..hahaha..cam nak g berperang plak kan gayanya saya bagi ucapan. Saya pun tak sanggup nak tinggalkan anak. Tak pernah lagi berpisah tido ngan dia. Dan saya tak bleh bayangkan camne nak bersalin ni. Confirm kena duk hospital then dia nak tido ngan sape? Papa dia je ke? ahhhhh...saya pun binggung gak ni kak..hehehe..

Fifi Nadhrah said...

inshaAllah ok kot kak.. banyakkan doa dan pesan dekat derang..

|| a - j . E . E || said...

salam kak.. teringat masa saya bersalin 2nd baby, tinggal kan anak sulung kt rmh. dok kt wad tu asyik teringat dia je. bila vid call dengan anak, sy yg meraung sbb rindu.. hihi lawak plak rasa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...