Mama Yang Takut...

Salam dears,
Dalam banyak banyak doktor, Mama paling takut doktor gigi. Tatau kenapa, maybe sebab bila buat treatment tu equipment yang doc guna tu betul betul right at your face, tangan doc pun nampak besar je depan mata. Pastu rasa ngilu jer bila gigi kena polish. Ishhh ngeri!

So when last nite Fahmi kena jumpa dentist for the first time ever, opkos lah Mama yang terlebih nerves. Appoinment malam, tapi dari pagi Mama dah ketaq lutut dah. Gigi geraham dia dah berlubang sebatang, so no choice kena jumpa doc jugak. Anak yang nak jumpa, tapi maknya yang over hahaha.

Bila masuk ja bilik dentist tu, 3 beradik ni excited yang amat. Fahmi tanpa segan silu terus naik duduk kat kerusi, lagi dua orang plak buat kecoh pegang sana sini. Time ni Fahmi releks ja, ye laa apa nak takut kan, geng semua ada skali.

But bila Faris and Fauzi kena kluar, doc suh Fahmi baring, pasang lampu and kluarkan equipment yang nampak tajam, terus dia cakap 'Fahmi takut!' and muka cuak yang amat. Mama pun pujuk 'alaaa tak dak apa lah, jangan takut'. Padahal Mama sendiri kecut perut hehehe

But lucky d doctor very nice, soft spoken and gentle. Dia pujuk skit dulu cakap jangan takut, tak sakit etc etc. Pastu sambil buat treatment pun dia dok cakap kat Fahmi 'takde apa apa lah, tak sakit kan?'. So Fahmi cool down and relax. Also bila Fahmi ikut arahan doc suh tutup mulut bukak mulut, doc puji dia pandai. Terus tersengih sampai telinga laa dak kecik ni kena puji hehehe.

Mama? Errr aii jadi mamarazzi snap snap pics and ambik video bagai. Mesti doc tu pikir overnya mak budak nih kan. Nasib laa doc, aii excited anak tak takut dentist macam mak nya ni hahaha ;-)

InsyaAllah pasni nak bawak Faris and Fauzi plak jumpa dentist, saja je check gigi. Practice good dental hygiene and biasakan diorang supaya tak jadi penakut macam Mama hehe. But gilir gilir sebulan sorang kot, dentist kan mahal. Jumpa serentak 3 orang boleh robek poket wehhhh ;-)

Labels: ,