Rumah Magik

Salam dears,
Si kembar ni memang suka sangat main 'rumah rumah'. Slalu je diorang beramai ramai pi nyorok blakang langsir, dok main & borak gelak kuk kik kuk kik, happy laa sangat. Dulu dulu siap buat 'rumah kos rendah' lagik hehe.

So dah lama Mama berhajat nak belikan khemah or play tent untuk diorang, nak beli play house mahal sangat laa plak. Tapi tu pun asyik bertangguh, sebab nak beli yang kat Ikea, mengada ngada kan hehe.

Finally, last weekend Mama n Ayah ke Ikea and beli lah 1 play tent untuk si kembar ni, yay! Sebelum balik umah dah terbayang dah betapa excitednya diorang nanti.

True enough, masing masing tergedik gedik sronok tak sabar tunggu Ayah pasang kan. Dah pasang tu, pakat serbu masuk sambil jerit 'sronoknya! sronoknya!' berulang kali. Si Fauzi siap peluk and cium sambil kata 'sayang rumah magik!'. Pastu diorang mintak nak tido dalam 'rumah magik' malam tu hahaha. Macam laa muat nak tido kan, fit fit untuk duduk bersila bertiga dalam tu ja kot hehehe

 
Muka excited dapat 'rumah magic baru' ;-)

Nampak cam luas je kan 

Bila masuk budak bertiga ni, penuh terus.
Sampai senget senget jadinya hehehe

Bangun pagi tak mandi tak gosok gigi terus masuk rumah magic hehe.  Apa apa lah kembar, janji korang happy.  Mama & Ayah happy tengok anak anak anak happy, Alhamdulillah :-)

Labels: