Mama Ayah Semua Orang Ada...

Salam dears,
Sana sini orang crita pasal anak masuk skolah ye. Mama pun nak crita skit gak lah, padahal si kembar tadika je pun hehe

Si kembar ni start tadika sejak umur 4 tahun lagi. Meaning ni tahun ke-3 diorang di tadika yang sama. Disebabkan Mama dah settle bayar yuran segala, and ingat diorang dah biasa tadika yang sama, dah kenal cikgu cikgu semua, kawan kawan pun ramai, so on the first day of school smalam Mama tak lah tunggu diorang. Hantar cam biasa and pi keja.

Rupa rupanya ada orang terasa... Masa jemput si kembar petang smalam, terus diorang tanya "kenapa Mama Ayah tak datang skolah tadi? Mama Ayah semua orang ada tau". Erkkk...terkedu gak bila anak anak tanya camni. "Mama keja sayang..." Itu je laa yang mampu jawab.

Ingatkan dah settle, rupanya tidak. Pagi tadi beria ia diorang tanya lagi "Mama Ayah ikut kembar 3 pegi skolah hari ni?". "Tak sayang, Mama Ayah keja". Terus Fahmi tarik muka and jawab "Tapi Mama Ayah semua orang tu ada. Mama ayah Farhan, mama ayah Muiz Muin, Mama ayah Daniel. Semua orang ada". Adehhh sayu laa pulak hati bila dia cakap macam tu.

Mama pun jawab "Mama Ayah kembar 3 tak payah pegi sebab kembar 3 budak pandai, dah tak takut pegi skolah sendiri, kan dah biasa skolah situ kan? Betul tak?". Slow je masing masing jawab "betul..."

Tengok muka diorang, Mama sambung kata "Lagipun, Mama kena pegi keja. Nanti bos Mama marah Mama plak." "Alaaa... Ok lah.." masing masing terpaksa pasrah, kalau tak nanti bos Mama marah hehehe.

Sori ye bos, nama u jugak aii guna hahahah ;-)

But seriously, Mama tak sangka si kembar ni akan tanya camni. Ingatkan same place dah biasa, diorang tak kisah dah. Nasib baik bila sampai taska tadi masing masing dah ok, dengan gumbiranya ja turun keta salam kiss kiss babai :-)

Hmmm takpa sayang, nanti masuk darjah 1 tahun depan, Mama join berkampung depan kelas korang 3 hari 3 malam yer hahahah...

Pic ni masa konsert & penyampaian hadiah last year
Si Fauzi dapat hadiah...lagi dua jadi tukang sorak hehe
Tahun ni belajar rajin rajin bagi semua skali dapat hadiah yer :-)

Labels: ,