Strong Boy

Salam dears,
Kulit si Fahmi naik gatal gatal, rashes. Banyak kat tangan, kaki, badan and muka dia. Sian tengok.

Dah a few days dah, Mama bagi dia makan ubat tahan gatal and sapu krim pun tak lega jugak. Makin bertambah plak sebab dia garu.

So tadi bawak dia pi klinik and doktor kata maybe allergic or sebab hama. Tatau laa kena kat mana, sebab Faris and Fauzi ok plak, tadak gatal gatal.

Since dah a few days makan ubat tak lega, doc bagi injection terus lah. And masa bagi injection tu, Fahmi releks ja tak nangis langsung tau. Siap leh tengok time doc cucuk. Mama ni pun kalau kena cucuk mesti pejam mata or pandang tempat lain tanak pandang jarum, ngilu hehe.

Tapi Fahmi memang cool je tengok jarum and dengan relanya biar doc cucuk. Cuma muka berkerut skit je. Langsung tak nangis or jerit or cakap sakit. Ishhh hebat lah anak Mama nih, strong boy betul kan, kan, kan? ;-)

Bila Mama puji dia strong boy, kuat macam superman, dia punya senyum eksyen bangga kemain lagi tau hahaha.

Hmmm senang hati Mama dak tecik ni jenis tak takut doktor and tak takut jarum, good job encem boy! :-)