Duit Rosak

Salam dears,
Tadi pagi Mama pi kluarkan duit kat mesin ATM.  Tengok tengok ada sekeping duit rosak...koyak!  50 hinggit plak tu!  Terpanik aii seketika, 50 hinggit tu banyak wehhh.

Hilang one side terus tu...

Kelam kabut call customer service centre, katanya boleh pi tukar duit tu kat bank.  Asalkan resit mesti bawak skali.  Fuhh nasib baik pagi tadi Mama tergerak nak print resit, slalunya Mama malas nak print membazir kertas je.

Lunch time tadi Mama dah pi bank dah, boleh tukar.  Nasib baik serial no. kat duit tu tak terjejas, kalau tak kena pi ke Bank Negara katanya. Ishhh...satu keja plak kan.  Anyways, I'm lucky coz dapat tukar duit tu without any problems, Alhamdulillah :-)

So lepas ni kena beringat lah yer... check dulu duit and print resit tiap kali kluarkan duit kat mesin ATM, wokeh? ;-)