Basuh Baju Kat Kedai

Salam dears,
Washing machine Mama dah rosak huwaaa! Malam sabtu lepas lah, Mama dah masukkan kain baju, letak sabun, pilih setting, tup tup bila tekan 'on' tadak respons. Tak leh start! Padahal baru pagi tu je Mama basuh baju, ok jer.

Adehhh terduduk gak laa Mama time tu pikir camna nak settle kan kain baju yang berlambak lambak. Nak cari orang repair dah malam, esoknya ahad kedai repair barang letrik kat sini mostly tutup.

Nak beli baru? Errr aii no money... tadak bajet plak nak kluar duit banyak segedebuk camtu je, mau seribu dua gak nak beli mesin yang fully auto kan.

So alternatifnya? Pi laaa basuh baju kat kedai dobi self-service. Ayah yang jadi tukang bawak baju sebakul besar naik turun tangga pi kedai dobi, balik umah Mama sidai kan. Agak agak leh kurus kot Ayah, maklumlah umah kitorang ni 'penthouse' apartment 5 tingkat tadak lif hehe.

Nasib baik laaa kan skarang dah ada kedai dobi camni. Senang and cepat, lebih kurang setengah jam dah leh siap. Harga pun tak lah mahal sangat. Kedai yang dekat ngan umah Mama ni paling murah RM5 ringgit untuk 10kg. Not bad kan? Sebab tu kot ramai gak kat kedai tu. Kedai ni 24 hours so sukati laa nak pi kul brapa pun. Agak agak terpikir nak pi basuh baju kul 3 pagi pun no hal hehe.

Ikutkan Mama tiap tiap hari basuh baju si kembar 3 nih. Ye laa diorang pi taska baju sehari sorang 3 pasang = 9 pasang, tu blum masuk ngan uniform ngan towel 3 helai ngan spender lagi, memang elok lah dibasuh everyday. Mesin basuh aii kecik je and umah apartment ni tempat nak sidai pun limited, kalau kumpul banyak hari nya stok tak sesuai u.

But bila guna self service dobi ni, leh kumpul stok baju 2 hari sebab mesin muat 10kg tu. Nak lagi besar 15kg pun ada. Pastu leh pakai dryer kalau nak, bayar laa rm4.50 lagi. Tapi Mama tak guna dryer, balik sidai bawah kipas ja, I d very cheapskate hehehe

Lega rasanya tau ada alternatif ni sementara nak repair mesin kat umah tu. Hmmm ke nak tunggu awal tahun depan je eh? Mana lah tau kot kot ada rezeki dapat bonus leh beli mesin baru terus kan hehehe *amboi amboi berangan kemain lagik* ;-)






Labels: ,