Rajin

Salam dears,
Uishhh lamanya Mama tak update blog kan?  Sampaikan nak start menulis ni pun trasa cam kekok skit hehe.  Alasan biasa laa yer - busy tak dak masa or malas mood ke laut - pilih lah yang mana anda suka ;-)

Anyways, so much has happened.  Antaranya ialah...si kembar 3 skarang ni dah makin besar dan bertambah 'rajin'.  Rajin yang kadang kadang bisa buat aii fenin.  Macam kes ni lah....

 Niat suci murni si Fahmi ni nak tolong Mama basuh pinggan...
ke nak main air je nih? 

 Opkos akan ada rakan sebaya yang nak join skaki.
Pinggan yang dah bersih pun diambiknya & basuh lagi skali.
Ni konpem nak main air je ni *sigh*

 Apa yang penting? Kerjaaasamaaa...

 U sabun, aii bilas, wokeh?  Teamwork!

 Kami lah pencuci pinggan yang terhebat hehe
Bak kata si kembar 'belly gooood!' ;-)

Hasilnya - berselerak!
And lantai pun basah lencun air terpercik sana sini *sigh*

Orang kata melentur buluh dari rebungnya kan? So bila skali skala diorang rajin nak basuh pinggan, biar je lah walaupun lepas tu Mama kena basuh balik pinggan tu semua or kena susun balik pinggan mangkuk yang berselerak diorang kerjakan.  Harap harap besar nanti diorang rajin laa nak tolong Mama buat keja umah camni.

Nanti Fahmi basuh pinggan, Faris lipat baju, Fauzi vakuum lantai.  Mama?  Mama jadi supervisor je laa.... lepak kat sofa nguyah kacang sambil tengok TV while 'supervising' the boys.  Ohhh that's the dream, heaven hehehe ;-)


Labels: ,