Ikan Duri

Salam dears,
Ni crita dah nak basi tapi nak crita gak kat sini, sebab tiap kali ingat Mama rasa nak tersenyum jer.

Sabtu lepas kitorang pi kenduri, and lebih kurang camni lah perbualan Mama ngan si kembar 3 dalam keta:

Faris: Kita nak pegi mana ni Mama? Jalan jalan ke?
Mama: Tak lah, kita nak pi kenduri.
Fahmi: Pegi ikan duri?
Mama: Bukan...kita nak pi makan kenduri.
Fauzi: Kita nak makan ikan duri?
Faris: Ikan duri tu apa Mama?
Mama: Ishhh bukan ikan duri... Makan KENDURI lah!
Fahmi: Aa aaa la Faris Fauzi, kita nak makan ikan duri lah...
Mama: Hadoi...sukati korang lah... *tak daya nak betulkan dah*

Si kembar 3 ni kan memang slalu camni, lain orang cakap tapi lain plak yang disebutnya. Pastu masing masing konpiden plak tu kekonon diorang betul.

Sukati korang lah nak ooiii...asalkan bahagia hehehe ;-)

Labels: ,