Panik!

Salam dears,
Yesterday morning kitorang bawak si kembar 3 ni ke follow-up ngan doktor pakar perkembangan kanak-kanak. Lepas jumpa doktor, si kembar 3 ngan Ayah kluar dulu sementara Mama dok tunggu nak ambik tarikh untuk next appointment.  Bila Mama kluar je dari bilik CDC tu, tengok tengok cuma Ayah & Faris je kat situ and Ayah dok jalan laju laju ke arah lif. 

"Mana Fahmi Fauzi?"  "Dah lari, sana!".... Huhhhhh??? Pandang arah yang Ayah tunjuk, nampak kelibat sorang dak kecik dok lari and tetiba terus hilang dari pandangan, tersembunyi di celah celah orang ramai.  Terus Mama bukak langkah pecut nak kejar diorang sambil dok terjerit "Fahmi! Fauzi!" sepanjang jalan.  Sampai kat depan area lif, sesak plak ngan orang ramai baru turun lif, sebab area tu sempit.  Terus terhalang laluan Mama, langsung dah tak nampak or dengar sora budak tecik 2 orang tu lagi dah.  Mama tak peduli, tolak je orang kiri kanan sambil dok jerit lagi "Fahmi! Fauzi!".  (Sorry laa sesapa yang kena tolak smalam tu yer)

Kluar dari area lif tu plak, ada simpang ke kiri and ke kanan.  Dah sudah....arah mana budak budak ni ikut nih?  Apa lagi, lagi kuat laa Mama jerit "Fahmi! Fauzi! Fahmi!!! Fauzi!!!".  Tak dak reply!  Mama dah risau yang amat dah time tu dok pikir mana laa anak anak aku pi nih!

Tapi tetiba sayup sayup dengar sora Fahmi dok panggil Fauzi dari arah kiri, arah ke pintu masuk hospital.  Terus Mama pecut lari, langsung tak peduli orang kiri kanan dok pandang Mama yang macam orang gila dah berlari sambil terjerit terpekik.  Tambah plak bila nampak si Fauzi dah lari kluar dari pintu hospital straight dok tuju ke jalan, and time tu ada keta coming his way!  Mama pulun jerit sekuat hati "Fauuuuziiiiii!!!".  Nasib baik dia dengar jeritan Mama and he stopped, pusing blakang and pandang Mama.  Alhamdulillah.  Kalau dia terus lari, tatau laa apa jadi.... Syukur sangat dia dengar sora Mama and sempat stop, Alhamdulillah.

Bila Mama dapat, dua dua orang kena marah ngan Mama.  Marah sebab buat jantung Mama rasa cam nak meletop, risau!  Haiii laaa anak anak, jangan laa buat camni lagi.  Tolong laa ada rasa takut skit, tunggu Ayah Mama, jangan main serbu jaa lari sana sini.  Ya Allah, risau nya Mama time tu tatau nak describe.  Memang panik yang amat amat panik.  Tak pasal pasal Mama lari terjerit jerit macam orang gila dalam hospital tau huhuhu.... ;-)

Labels: ,