Nak Klentong Mama Ehhh

Salam dears,
Cekodok pisang adalah salah satu makanan fevret si kembar 3 ni. Dah jadi menu wajib kitorang breakfast every weekend sebab tau kalau goreng satu besen besar pun konpem abih hehe

Bila makan cekodok ni masing masing berebut nak banyak, nak banyak! Pastu lawan sapa dapat paling banyak. Tadi Fahmi start dulu ambik cekodok tu sambil kira 1 sampai 10 bijik letak dalam mangkuk sendiri. Pastu si Fauzi plak ambik sambil kira 1 sampai 10.

Datang plak si Faris, nak ambik sendiri jugak and start mengira "satu, dua, tiga, empat, lima...tiga, empat..". "Ehh salah tu Faris, lepas lima enam lah" Mama tegur. Mama terpikir apsal plak salah kira ni, sebab 1 sampai 10 si kembar ni dah reti dah.

"Ohh okeh Faris kira lagi, satu, dua, tiga..." Sambil tangan dok ambik cekodok banyak banyak masuk dalam mangkuk.

"Ohhh Faris nak klentong Mama ye? Tadi dah kira lima dah apsal start dari satu balik nih?" Mama tanya soklan mengkantoikan dia.

"Faris nak banyak laa Mama...satu, dua, tiga..." selamba dek dia ulang kira lagi sambil dok ambik cekodok dengan muka innocent haha!

Tergelak Mama tengok prangai dia, pandai je buat trick ulang ulang kira kan, sebab nak ambik banyak. Bijak...bijak ;-) hehe


Labels: ,