Strategi Mak Mak...

Salam dears,
Si kembar 3 ni tak brapa suka syampu rambut. Especially si Faris, meraung raung nangis bila kena syampu rambut. Terjerit jerit kata masuk mata lah apa lah, padahal tak pun. Drama je lebih hehe.

So untuk bagi dia nak bersyampu, Mama beli syampu Spiderman nih. Ntah brand apa pun tak sure, tak pernah guna. Tapi nampak je design gambar Spiderman tu terus Mama sambar. Bau pun sedap, macam bau strawberry.

Bila tunjuk kat si kembar tadi, diorang pun pakat excited tengok wowww spiderman!!! So harap harap menjadi laa strategi mak mak aii ni yer. Mak mak memang slalu pasang strategi camni bila nak suh anak buat something yang diorang tak suka kan? ;-)

Moga moga time mandi jap lagi no more episod menjerit meraung macam kena dera dah yer hehehe

P/s - ada sesapa pernah guna syampu ni tak?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.