Jangan Bagi Mama Kluar!


Salam dears,
Smalam Mama masuk bilik nak bersiap, nak pi open house. Si kembar 3 tengah sibuk main askar askar, Mama biarkan je laa.

Tak lama lepas tu dengar si kembar kecoh "cepat letak sini, letak sini! Letak banyak banyak, jangan bagi Mama kluar". Aik heran apa benda yang diorang kecoh tu, Mama pun bukak pintu.

Bila dengar bunyi tombol pintu dipusing ja, bertempiaran si kembar ni lari sambil gelak kuk kik kuk kik and jerit "lariii! Nanti Mama marah!". Tengok tengok rupa rupanya dah penuh diorang susun mainan depan pintu bilik. Nasib baik banyak mainan diorang yang Mama dah simpan, sembunyikan, kalau tak mesti lagi berselerak *sigh*

Tapi yang kelakarnya, susun mainan camtu kekunun tanak bagi Mama kluar, padahal sekali langkah Mama dah lepas tau hahahaha ;-)

Kembar ohhh kembar hehe