Berjaya!

Salam dears,
Yay yay! Berjaya...berjaya! Strategi Mama menjadi, Mama pandai...Mama pandai! Hahaha ;-)

Si kembar dengan gumbiranya telah berjaya bersyampu rambut tadi tanpa sebarang insiden meraung. Instead, masing masing serbu masuk bilik air n tuju syampu tu dulu hehe. Kalau tidak sebelum ni memang jenuh nak suh syampu rambut tau. Tapi skarang tidak lagi, sebab diorang excited nak guna syampu spiderman tu lah.

Tadi Ayah yang mandikan si kembar nih. And sepanjang mandi tu Mama leh dengar diorang dok kecoh jerit "wahhh wanginya...wahhh seronoknya! Seronoknyaaaa!". Pastu sibuk dok tanya "sapa beli ni? beli kat mana ni?". Macam cik kiah plak banyak soalan hehehe.

Bila kluar dari bilik air je pakat meluru mai kat Mama suh cium bau rambut diorang "cuba Mama bau ni, wangggiii..." katanya sambil senyum lebar. Sronok Mama tengok diorang :-)

Tak mahal pun syampu spiderman nih, tak sampai 6 hinggit pun sebotol. Tapi dapat menyelesaikan masalah tanak syampu rambut, memang berbaloi baloi! Hehe

Hmmm ada lagi a few types tau syampu ni, ada yang gambar batman, superman and ben 10. Agak agak nak beli semua jenis ke tak yer? Ishhh maknya plak yang terover hehehe ;-)