Bajet Hensem #2

Salam dears,
Malam smalam baju raya si kembar yang Mama tempah baru sampai, baju Melayu sorang sepasang.

As usual dak tecik 3 orang ni, sebaik saja nampak baju baru haruslah kecoh nak pakai. Bila dah siap pakai, Mama pun puji lah kata wahhh hensemnya.

Si Fahmi terus kalut cari Ayah, nak tayang baju baru. Time tu Ayah kat toilet. Tak puas hati Ayah tak kluar tengok dia, si Fahmi beriya iya ketuk pintu toilet sambil jerit "Ayah, tengok Fahmi hensem ni Ayah!".

Selagi Ayah tak kluar, slagi tu lah dia dok ketuk suh kluar "Fahmi hensem ni Ayah, cepat lah kluar tengok!". Siap ngomel "ishh Ayah ni napa lama sangat?". Ayah nak dok dalam toilet pun tak aman tau hahaha

Sebaik saja Ayah kluar, dia pun posing tayang baju. Bila Ayah puji hensem, kemain lagi si Fahmi senyum sampai ketelinga. Yang Faris n Fauzi pun sama, bila kena puji kemain bangga, masing masing bajet hensem laa katakan hehehe ;-)

Pastu kan, si Faris terus angkat tangan takbir Allahuakbar! And buat gerakan solat, sebab baju Melayu bagi diorang ialah baju yang dipakai ke skolah pada hari jumaat, hari blajar subjek agama. And...si kembar ni panggil baju Melayu baju 'Allah Amiin'. Apa apa je lah si kembar ooiii ;-)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Labels: ,