1st Time...

Salam dears,
Hari ni 1st time si kembar 3 ni mandi sungai. Umur nak masuk 5 tahun dah baru nak dapat merasa mandi sungai. Semua sebab makpak nya risau takut tak terkawal kalau mandi sungai, kan bahaya banyak batu licin, takut air tetiba deras etc etc.

Tapi hari ni at last dapat laa diorang merasa kejap. Tak plan pun. Yang sebenarnya on d way balik ke KL ni. Singgah kat hentian Gua Tempurung n nampak ada sungai kecik n air cetek kat situ, terus Ayah ajak mandi.

Tapi kejap je dalam setengah jam je kot mandi. Sebab Mama nak cepat gerak balik, esok Mama dah start keja dah. Kang lewat sangat sampai, aii fenat. Lain laa cam ada orang tu, cuti sampai jumaat nih, over betul bercuti, cissss! *sambil jeling kat Ayah* ;-)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Labels: ,