Ini Tak Boleh Makan!

Salam dears,
Tadi Mama tengah mengemas barang kat dapur, barang shopping kat carrefour...eh silap aeon big.

Si Fahmi datang jenguk and tetiba jerit dengan excitednya "Faris! Fauzi! Tengok ni, Mama beli! Mari sini mari sini!"

Datang je si Faris Fauzi, pakat tumpang excited beramai ramai. "Wow apa tu Mama? Nak makan, nak makan!"

"Haish mana boleh makan, ni bukan benda makan!"

"Huh tak boleh makan ker?"

"Iyer...tak boleh...mana ada orang makan..."
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

"... sabun basuh pinggan!"

"Alaaa tak boleh makan pinggan ke Mama?"

"Pinggan memang laa tak boleh makan" *fenin*

"Alaaaa...tak boleh makan laaaa..." kata si kembar dengan nada keciwa sambil berlalu pergi dengan hampa secara berjemaah *cian*

Hai laaa budak tecik 3 orang nih, kalau boleh semua benda korang nak telan! hahaha ;-)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Labels: ,