Berbuka Dalam Tren...

Salam dears,
Mama baru nak balik keja nih, baru je naik tren komuter. Lambat sebab dok proses payroll (gaji). Terpaksa, sebab deadline dah dekat, next week minggu gaji kan...

Kalau time ni baru naik tren, memang berbuka dalam tren je laa jawabnya nanti nih *sigh*. Nasib baik ada coklat sepeket dalam laci meja opis tadi, lebihan dari sebelum bulan posa. Terus Mama bawak balik, boleh laa buat berbuka dalam tren ni nanti. Jadi lah kan...sementara nak tunggu sampai umah :-)

Si kembar? Masih di taska. Ayah plak dah tapau roti canai siap siap sambil tunggu Mama kat stesen. Roti canai tu si Fauzi yang mintak smalam, so hopefully walaupun hari ni balik lambat dari biasa, diorang akan happy sebab dapat makan fevret food diorang hehe.

Anyways, selamat berbuka kawan kawan semua :-)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.