Tinggal! Tak Yah Balik!

Salam dears,
Si kembar 3 ni kan memang kuat bergaduh.  Awal awal pagi lagi dah bertekak sesama sendiri.  Punca nya kecik jer - berebut nak pakai selipar masa kluar umah.  Fahmi tertolak Faris - Faris mengamuk - terus bergaduh menjerit jerit sesama sendiri *sigh*.

Sepanjang dari kluar umah dok jerit kat each other...
"Faris tinggal!"
"Fahmi tak yah balik!"
"Fahmi tinggal!"
"Faris tak yah balik!"

Sambil dok menangis meraung, itu laa yang di ulang ulang sepanjang dok turun tangga sampai laa ke keta.  Sian jiran jiran kitorang kan, awal pagi dah kena dengar drama korang.  Mama pun naik fenin nak suh diorang jangan bising pagi pagi nih *sigh*.

Tapi kan... dalam fenin fenin pun kelakar gak tengok diorang gaduh camtu.  Especially kalau gaduh camtu masa dok dalam umah.  Sebabnya... "tak yah balik"... errr nak balik mana lagi nak ooii?  Kita memang dah kat umah dah... hehehe :-)

Labels: ,