Tak Encem Laa Camni!

Salam dears,
Petang tadi Ayah potong rambut si kembar 3 nih, potong botak terus.  Dah lama gak tak potong botak terus camni.  First skali Ayah start ngan Fahmi.  Sebaik saja si Fahmi tengok muka sendiri dalam cermin, terus dia jerit...

"Oh myyy Goddd! Tak encem laaa camni!"

Hahaha! Terus tergelak Mama & Ayah bila dengar dia kata camtu.  Kemain lagi ehhh komen kata tak encem, siap oh my God lagi tu yang tak tahan tu hahaha.  

Pastu kitorang nak bagi sedap hati kata encem laa Fahmi, encem!  But si Fahmi ni still macam tak puas hati lagi, kejap kejap pegang kepala dia.  Kejap kejap usap kepala ngan muka semacam jer.  Pastu tau dia kata apa?  Si Fahmi ngan tak puas hati nye kata...

"Ishh macam orang jahat kepala botak jer nih!" 

Hahahaha! Time tu memang berdekah dekah laa Mama gelak.
Tak tahan...tak tahan hehehe ;-)

Faris & Fauzi?  Diorang berdua suka jer botak nih, lepas tengok Fahmi si Faris & Fauzi berebut rebut suh Ayah potong rambut diorang plak.  Lepas sudah potong rambut masing masing dengan bangga mai menayang kat Mama sambil mengaku encem hehe.

Si Fahmi tu bukan apa, dia suka fesyen rambut mohawk, slalu je dia dok saja saja pi basahkan rambut and tarik tarik ke atas buat mohawk. Skarang tak dapat laa dia nak  buat gaya tu lagi.  Tu pasal laa kot dia kata botak tak encem. 

Haii laa anak, umur baru nak masuk 5 tahun pun dah pandai memilih fesyen rambut. Dah besar nanti camna laa gaya nya agaknya kan? :-)

3 orang budak botak.
Dari kiri: Fahmi, Fauzi, Faris.
Mama rasa encem jer, kan, kan, kan?
hehehe

Labels: ,