Mari Mengeja Bersama Si Kembar 3 #2

Salam dears,
Kalau almost a year ago si kembar ni dah 'pandai' mengeja, skarang diorang dah lagi hebattt tau (bak kata Fahmi, skit skit 'hebat', skit skit 'hebattt' hehe).

Cuma bezanya dulu semua benda pun dieja dengan 'K A ka G I gi', skarang dah advanced dah.  Jom layan video si kembar ni mengeja jom...

Memula kita tengok Faris mengeja.


Kalau salah eja pun no hal, teruskan je sambil senyum cute kan kan? hehe

Next..bila tiga tiga nak tunjuk skill...


Kecoh!  Nak rekod video pun gegar gegar cam gempa bumi hehehe


Walaupun dak encem 3 orang ni kembar seiras, tapi masing masing ada kelebihan & personaliti tersendiri.  Si Fahmi taiko no 1 paling pandai bercakap tapi tak cekap mengeja & tak brapa kenal huruf.  Faris abam no 2 bercakap tak sefluent Fahmi tapi bab mengeja serah kat dia.  Si Fauzi plak bila bercakap masih banyak bahasa German celup dari bahasa Malaysia, tapi  dia yang paling kenal huruf.  Menarik kan?  They are identical, but at same time they are their own persons.  But I love them all the same :-)

Labels: , ,