Kan Dah Bagi Duit...

Salam dears,
Si kembar 3 ni memang suka mintak macam macam.  Nak menan, nak kropok, nak coklat, semua benda lah nak.  Soalan standard diorang tetiap hari masa ambik dari taska ialah "Mama dah beli _____ tak?" Please fill in the blank hehe ;-)  

Jawapan standard Mama plak ialah "Tak...tak beli. Mama tadak duit laa/kedai tutup/kedai tak jual" Pilih laa yang masa suka hehehe.  Tapi ada skali ni perbualan tu lain skit, lebih kurang camni...

Si kembar:  Mama dah beli mekmomer dragon ke? (tiga tiga orang tanya bergilir gilir)
Mama:  Tak... tak beli.  Mana ada mekmomer dragon.
Si kembar: Mama dah beli ching ching ke? (ching ching = pedang)
Mama: Ishhh tak beli lah, ching ching bahaya.
Si kembar:  Mama dah beli green lantern menan tak?
Mama: Ehh mana ada menan green lantern, kedai tak jual lah.
Fahmi: Ada laa Mama, tadi Fahmi nampak kat Carrefour!
Mama: Ya ka? Mana ada.
Fahmi: Ada laa Mama, tadi Fahmi nampak.  (Faris & Fauzi pun dok back-up Fahmi in the background. Alamak... kena cari alasan lain nih...)
Mama: Tak leh beli laa sayang, Mama tak dak duit. 
Fahmi: Tadi kan Fahmi dah bagi Mama duit?
Mama: Ehh bila plak Fahmi bagi Mama duit?
Fahmi: Tadi...duit kat keta tu, kan Fahmi bagi Mama.
(Hmmm bila masa lak dak ni bagi aku duit nih...pk...pk...pk...and I got it!)
Mama:  Hoihhh tu SEPOSEN je laa Fahmi!
Fahmi: Tapi tu duit kan Mama?
Mama: Memang laa, tapi duit seposen mana laa cukup.  Menan mahal. Kena ada duit banyak banyak.
Fahmi: Tapi tu duit kan Mama?  (sambil pandang Mama ngan muka innocent)
Mama: *sigh* (tak jawab, tak daya nak layan dah & tukar topik pasal benda lain plak hehehe)

 Seposen tu nak beli kotak buruk yang korang buat main tu pun tak cukup nak oiii *sigh*
Hai laa budak bertuah 3 orang, korang ingat Mama ni cop duit ka? hahaha

Labels: ,