Sultans of Science

Salam dears,
Korang dah pi tengok pameran 'Sultans of Science' kat Petrosains tu tak?  Ishhh apsal tak pi lagi?  Mama dah pi dah last Saturday, tu pasal laa boleh eksyen kat sini haha!   


But seriously, walaupun I don't have a scientific mind & sains masa skolah dulu pun result cukup cukup makan jer, tapi I enjoyed myself there.  Banyak infor menarik yang Mama dapat, true to the exhibition's theme - Islamic Science Rediscovered.

Sepanjang dok baca penerangan yang ada kat pameran tu I was going "ohh i didn't know that"... "ohh i didn't know this"..."wow, orang Islam yang discover benda ni rupanya"..."ishhh kalau laa aku pandai camni....".  Haaa like that laa my self-dialog sepanjang dok jalan jalan tengok exhibition tu hehe.  Rasa kagum & bangga bila found out banyak sangat scientific & medical discoveries ni sebenarnya dipelopori oleh para ilmuan Islam. 

Contohnya kan...when it comes to flying (kapal terbang etc), korang tau tak sapa yang 1st skali discover the mechanics of flight?  Macam Mama nih, asal sebut pasal penerbangan jer mesti Mama tringat kan the Wright brothers.   


But actually it was a Muslim scholar named Abbas bin Firnas who invented the first flying machine.  Dia mengkaji cara burung terbang and cipta a glider guna buluh, kain & bulu burung helang je.  And the first time dia 'terbang' ialah masa dia berumur 70 tahun.  Hebat kan?

Memang banyak infor untuk dibaca & also ada staff kat situ yang ever ready jer untuk bagi penerangan & jawab segala soalan korang.  There are various interactive, sensory and static exhibits, along with touch screen games and videos too.   


Apart from that, ada jugak a science show & magic show.  Mama suka science show tu sebab lain dari pertunjukan sains yang Mama pernah tengok sebelum ni.  Memula masuk bilik tu Mama terpikir gak "ehhh kata science show, apsal stage kosong jer tak dak props pun?". 

Rupa rupanya the show was more about discovering the human body and para penonton diajak participate buat macam macam aktiviti/gerakan guna anggota tubuh badan sendiri.  Err susah laa nak describe kat sini, korang pi lah tengok sendiri hehe.  Anyways, here are some pics yang Mama sempat snap snap from the exhibition, enjoy ;-)

Perghh tengok laa size syringe tu, ngeri aii rasa...

Interactive kiosk.

Interactive exhibit - bila bukak pintu yang ada gambar kubah masjid tu leh dengar laungan azan.  The other 3 doors?  Kalau nak tau pi laa tengok sendiri hehe ;-)

 Seksyen tentang pengembaraan or world exploration.

Replika mesin empat cedok ciptaan Al-Jazari.

Kalau nak tau camna burung terbang, mai laa 'flap your wings' kat sini hehe


 Mama suka section on optics ni.


Kat section on optical illusion.  Tengok the hollow face kat tengah tu, bila kita berjalan dari kanan ke kiri trasa cam mata dia dok ikut kita, meremang bulu roma aii tau.
 
Camera Obscura by Al-Haitham - the first camera ever invented.  Kagum.

 
Tangrams - a puzzle game from China.  From that 7 pieces boleh cantum buat macam macam bentuk.  Tapi Mama nak buat bentuk kotak pat segi pun fail hehe
 
Rasa bangga sangat bila baca nih :-)

Salah satu aktiviti masa science show. 
 
Pameran 'Sultans of Science' ni berlangsung di Petrosains dari 15 Disember 2012 - 15 June 2013.  Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang admission hours & harga tiket, sila lah call 03-23318181 (office hours) atau pi terjah website http://www.petrosains.com.my/sultansofscience/.

Labels: , , ,