Diapers Jalan Jalan

Salam dears,
Ni tringat nak sambung crita pasai diapers lagi nih, boleh?  Hari tu Mama crita bout diapers untuk pakai siang & diapers untuk pakai time tido malam kan?  Ada lagi satu kategori diapers iaitu 'diapers jalan jalan' yang bawak as back-up in case ada yang tak sabar sabar nak tencing or 'melabur' time tengah kluar jalan jalan or travel jauh. 

Macam skali tu lepas je mandi kolam si kembar ni dah pi tencing dah masa bersihkan badan & salin baju.  But elok je sampai kat keta (tak sampai 10 minit pun) tetiba pakat kalut nak terkencing lagik.  Suh tahan masing masing protes menjerit nak tencing dan dan tu jugak, secara berjemaah plak tu.  

Toilet plak tadak dekat situ & kena jalan jauh.  So apa lagi kelam kabut ler mak pak nya nih kluarkan diapers biasa yang ada tape kena tampal kat kiri & kanan tu and sarungkan sambil berdiri.  Dah laa tengah tengah padang (parking area kat padang) orang lalu lalang dok tengok tengok pandang pandang.  

Korang bayangkan je laa...bayangkan ehh...camna kelam kabutnya Mama & Ayah nak bukakkan-sluar-bukakkan-spender-sarungkan-diapers-tape kiri-tape kanan-adjust kedudukan diapers untuk tiga orang dak kecik yang dok kalut jerit "nak tencing! nak tencing!" sambil tergedik gedik terkepit kepit, leh bayangkan tak camna kecohnya?  Stress tahap peluh menitik nitik aii tell u *sigh*.

So after that Mama Ayah decide untuk kesejahteraan bersama kena laa beli 'diapers jalan jalan' untuk digunakan time emergency camtu hehe.

Mamy Poko Easy Fit pants sebagai 'diapers jalan jalan' si kembar 3.

Beli yang jenis pull-up camni sebab cepat & senang nak pakai.  Sambil berdiri dalam keta pun boleh put it on cam pakai spender jer kan.  Kalau biasa biasa idak ler nak pakai jenis nih, agak mahal kan.

Kebetulan time beli tu kat Speedmart Mamy Poko ni tengah murah, harga RM24.88.  Ada promo kot time tu Mama pun tak sure.  Yang pastinya tengok "ehh Mamy Poko! Pull up...murahhhh...beliiiii!" hehe.

Yang lagi bestnya dah sebulan dah beli tapi sekeping pun tak pakai lagi hahaha. Beli buat back-up in case nak pakai, but till now blum ada emergency case lagik, legaaa yahoooo! ;-)  

Labels: ,