Sebelum & Selepas

Salam dears,
Smalam ulang tahun ke-8 perkahwinan Mama & Ayah, and Mama dok terpikir...hmmm memang ada beza laa sebelum dan selepas...

________________________________________________________________

Sebelum ada si kembar 3:
"Abang, next month anniversary kita lah"
"Yup, nak pi celebrate mana?" 
"Genting nak?  Ke kat dalam KL je?"
"Mana-mana je lah..."
"Okeh, tapi apply cuti cepat cepat tau"
"Okeh set"
klik klik klik...google carik mana best nak pi, padahal anniversary lagi sebulan ;-)

Selepas ada si kembar 3:
"Abang, rasanya bulan ni anniversary kita"
"Ehh ya ka?  Dah brapa tahun?"
"Hmm almost 4 years takdak anak, pastu budak budak now dah 4 years old.  Maksudnya dah 8 tahun kot..."
"Kita kawin tahun bila?  Brapa haribulan?"
"Err ntah...tak sure.  Jap saya check"
klik klik google -> Mama Kembar 3 Giveaway -> link sempena ulang tahun perkahwinan
"Betul laa bang bulan ni.  5 Disember...tahun 2004"
"2004?  Dah 8 tahun kan..." *pandang each other & senyum*

On 5th December itself...
"Abang, hari ni anniversary kita lah"
"Aaa laa.  Happy anniversary!"  *senyum*
"Happy anniversary!"  *senyum*

Tetiba kat background ada suara tecik menyampuk...
"Mama nak roti colet!"
"Ehhh nak roti nanai lahhh!"
"Roti colettt!"
"Mama tenyok Fauzi ni dia buat saya"
"Nanak kawan Fahmi!"
"Nanak kawan Fauzi!"
"Ehh bicing laa, diam mulut, diam!"
"Sudah..sudah...Mama Ayah nak pi keja ni.  Malam ni Mama beli coklat okeh?"
"Okehhh..."

Kan? Ada beza kan? :-)
________________________________________________________________

Masa hanya berdua, anniversary mesti sambut with something special.  Siap ambik cuti bagai ;-).  But sejak dah berlima ni, no more lomantik lomantik getaways hehe.  Melayan anak-anak jadi priority, nak ingat tarikh anniversary pun kena double check kat blog sendiri dulu hahaha! :-P

Buah hati pengarang jantung :-)

Labels: ,