Hari Terakhir

Salam dears,
Hari ni dah pun hari terakhir untuk tahun 2012...cepatnya masa berlalu kan?  Rasa macam baru je sambut new year 2012 kan?

For me, banyak kenangan manis untuk tahun ni.  Banyak perkembangan positif untuk si kembar 3.  My heroes semakin besar & bijak, dah makin pandai bercakap, dah masuk tadika and terbaru skali dah toilet trained.  Dah leh pakai spender spiderman dah pun hehehe.  Ishh dah besar lah anak anak anak aii ;-)

And tadi Mama dok belek belek rekod annual leave untuk tahun ni (Mama kat opis nih), tengok ada balance cuti lagi 3 hari lah!  3 hari wehhh, TIGA hari!  Ehh balance 3 hari pun nak kecoh?  Opkos laa, sebabnya sejak si kembar ni lahir in 2008, every year Mama mesti kena ambik unpaid leave.  Every year mesti ada deduct gaji.

Annual leave sentiasanya tak cukup sebab dulu si kembar kerap sakit, asyik kluar masuk hospital.  Kadang kadang bulan November dah kena start unpaid leave dah.  Paling kurang pun Mama kena deduct gaji 3 or 4 hari setahun.  Banyak tu wehhh.  Nak buat camna kan, anak anak punya pasal rela je laa.

So bila tengok this year still ada balance annual leave, Mama rasa yahooo this is a sign that my boys dah jarang sakit.  It means diorang dah makin besar, kuat dan sihat.  Alhamdulillah :-)  

Overall, 2012 has been a good year untuk kami sekeluarga.  There were ups & downs but hey that's life.  Life might not be perfect, but it has been good and that's enough for us.  Thank you Allah.  Syukur sangat sangat :-)

Moga kami sekeluarga akan terus dikurniakan dengan kesihatan yang baik,
dimurahkan rezeki dan kebahagiaan 4 ever & ever, Amin...

Labels: , ,