Salam dears,
Mama nak bercrita hal ni kat sini bukan dengan niat nak mengutuk or memburukkan sesapa, tapi sekadar nak berkongsi pengalaman kitorang & sebagai peringatan kepada orang lain supaya berhati-hati semasa memilih kontraktor reno/repair rumah. Hopefully tak lah terkena macam kitorang nih. Apa yang jadi kat kitorang? Well...
Concrete table top dah siap, nampak cam ok kan? Tapi...
Leaking!
Bila bukak main water paip kat luar umah, terus air kluar dari sisi table top nih.
Air melimpah sampai kebawah.
Kitorang dapat tau ada leaking ni selepas kontraktor dah siap keja and duit dah bayar. Masa bayar tu tak tau ada leaking sebab kontraktor tutup main paip umah ni. Actually everytime kitorang pi umah tu main paip mesti tutup. Silapnya masa tu kitorang tak terpikir nak tanya kenapa dia tutup, langsung tak terpikir kemungkinan leh jadi camni.
Dapat tau about leak ni pun sebab Ayah nak check water pressure kat umah ni so Ayah pi laa bukak main paip kat luar umah. Tetiba jer tengok air leaking dari tepi dinding tu. Bila call tanya kontraktor, dia kata "oh ye ke? esok saya check". That was Thursday last week, sampai hari ni langsung dia tak call.
Kitorang dok pikir, tak kan lah dia tak tau ada leaking. Sebabnya dia bancuh simen dalam toilet umah ni. If nak guna air dalam toilet, mesti laa kena bukak main paip. Bila bukak main paip plak, air memang terus kluar kat tempat yang leak tu. So mesti dia tau kan?
Malas nak bising bising ngan dia, plus dah tak percaya dah nak suh dia masuk buat keja kat umah ni so kitorang suh kontraktor lain yang tengokkan apa problemnya. Terpaksa hack pecahkan dinding to find out what's the problem. And memang paip pecah sebab besi dari table top tu yang tercucuk kat paip tu.
Terpaksa hack pecahkan dinding.
Besi structure/rangka table top tu tercucuk kena paip air so paip bocor.
Sebaik saja besi tu tercucuk paip mesti terus bocor and leaking kan? Masalahnya kontraktor tu langsung tak bagitau kitorang about this and boleh plak sambung buat keja pasang tiles kat yard dapur and mintak payment. Kalau dia bagitau awal awal kan senang, boleh terus repair *sigh*.
Hmm Mama tak sangka akan jadi camni. Tambahan plak kitorang guna dia sebab orang kat Management office sini yang rekomen, katanya kontraktor ni dah lama & slalu buat keja kat sini. So memang ingat boleh percaya lah.
Disebabkan ketidakjujuran kontraktor table top tu, kitorang terpaksa tanggung kerugian untuk repair apa yang rosak. Nasib baik kitchen cabinet blum pasang. Kalau dah pasang and baru tau leaking laaagiii laa teruk jadinya *sigh*. Sedih? Yes. Tapi terima je laa, nak buat camna benda dah jadi.
Cuma nya ni lah Mama nak pesan kat korang, kalau nak pilih kontraktor untuk reno/repair umah nanti maybe better guna kontraktor recommended by orang yang korang kenal, yang memang dah pernah guna & puas hati dengan kerja-kerja yang kontraktor tu buat.
And maybe better kontraktor yang betul betul ada registered company yang specialised buat keja keja camni. Bukan setakat kontraktor yang buat ad-hoc / odd jobs or keja sampingan jer. Apa apa jadi senang leh contact balik company tu, kurang skit kot risiko kontraktor tak bertanggungjawab.
Tanya lah kawan kawan ke family ke sesapa yang korang kenal rapat untuk recommend kontraktor. And pegi tengok sendiri hasil keja kontraktor tu, tanya member korang tu camna performance kontraktor (cepat ke suka delay keja ka suka ngelat ke etc etc). Lagi selamat kot rasanya if buat camtu. And if the kontraktor asyik tutup main water paip ke letrik ke apa apa yang suspicious, find out why.
Anyways, moga perkongsian crita pengalaman kitorang ni dapat jadi panduan & peringatan untuk korang semua. Berhati hati memilih kontraktor wokeh? :-)
Labels: kitchen cabinet, rumah