Mana Nak Beli Dolphin Ni?

Salam dears,
Sapa tau kat mana nak beli pelampung bentuk dolphin camni?  Yang dalam pics ni bukan kitorang punya, tapi si kembar songlap hak milik budak budak lain yang tengah mandi kolam ngan diorang.  Ehhh silap, bukan songlap...tapi "alaa pinjam jer, jap jer Mama, jap jer" bak kata si kembar ;-)

Enjoy sakan dak tecik 3 orang ni mengerjakan harta orang lain haha!
So Mama sebagai seorang ibu yang bertanggungjawab (chewah!), nak ler belikan something like this for my darling boys supaya diorang dah tak songlap orang lain punya next time pi mandi kolam.  

Yesterday dah pi cari kat kedai toys, Giant & kedai barang RM5 kat area opis ni tapi takdak plak yang bentuk dolphin camni.  Pelampung yang bentuk bulat cam tayar & square cam tilam tu ada laa.  Kalau bentuk dolphin camni mana nak beli ehh?

Pssttt... pagi ni celik celik mata jer si kembar dah berangan nak mandi kolam dah...
Faris: Kita nak andi kolam nih...
Fahmi: Kita nak renang ekk Mama?
Fauzi: Yay, nak andi olam!
Mama: Ehh tak lah, hari ni Mama Ayah keja laaa.  Hari cuti baru leh mandi kolam.
Ayah: Hari Sabtu kita pi mandi ehh?
Si Kembar: Alaaa... ok laaa... *ngan muka frust nongeng*

So dah tau ler aktiviti weekend nanti -> mandi kolam lagik.  Yay!!!

Labels: ,