Tanak Pi Stesen Petronas Dah!

Salam dears,
Haaa ni lah dia bendanya yang menyebabkan Mama dah tanak pi stesen Petronas dah.  Seboleh bolehnya tanak pi sana at least sampai bulan Januari tahun depan.  Kalau pi pun, kena make sure time tu tak bawak si kembar 3 nih skali.  Sebab kalau diorang ada dalam keta time tu, sure kopakkkk huhuhu...

BoBoi Boy yang tengah jual kat stesen Petronas skarang.
Dijual 2 design setiap bulan.
 Harga RM19.90 seketul, tinggi 6 inci. 
Actually cantik gak BoBoi Boy nih.
Buttt....Mama kena beli 3 skali wehhh.
Kalau 1 bulan 2 design, means 6 ketul means RM119.40! *fengsan*

So untuk kesejahteraan bersama kitorang kena lah elakkan pi stesen Petronas especially time si kembar ada skali dalam keta.  If diorang ada konpem diorang akan mintak.  Cam hari tu, pakat meraung berjemaah sampai bingit telinga & terpaksa belikan sebab tak tahan dengar bising dalam keta.  

Kalau tak belikan?  Maka Mama & Ayah kenalah tabahkan diri & sabarkan hati dengar anak anak anak meraung macam tak bagi makan setahun huhuhu.... 

Ishhh susah laa kan bila stesen minyak pun nak jual menan camni, dah laa harga agak mahal (untuk Mama laa mahal).  Ye laa kalau compared to menan kat McD & KFC tu, stakat 5 hinggit boleh laa tahan lagi nak beli. Lagipun compared to McD & KFC, rasanya kita lagi kerap pi stesen minyak kan?  So kalau tiap kali pi stesen minyak pun kena 'berhati hati', susah laaa... kes naya weiiii.  

Bukannya nak berkira sangat ngan anak anak.  Tapi bendalah ni sekadar menan, bukan keperluan.  And not even educational toys pun.  So setakat beli satu cukup laa kan.  Kalau educational toys ka buku kaa rasanya berbaloi gak nak beli banyak banyak.  Betul tak kawan kawan? ;-)

Labels: ,