Sesi Meraung Beramai-Ramai

Salam dears,
Entry kali ni saja nak bagi korang peluang dengar suara lunak merdu tiga orang buah hati pengarang jantung Mama nih.  Video gelap gulita sebab shoot guna handphone cikai dalam keta di malam hari hehe.  Tapi sound system cukup ok lah untuk bagi korang dengar sesi meraung beramai ramai bersama si kembar 3 kan, kan, kan? hahaha ;-)


Bingit! Tapi still cute ye dak?
Fahmi tanak kawan Ayah.
Fauzi complete dengan aksi tendang menendang sambil baling slipar.
Si Faris?  Nangis diiringi jeritan yang amat high pitch *sigh*

Hmm time Mama tengah good mood leh laa rasa cute.  Cuba time Mama tengah letih, stress and hangin?  Memang kena tempik beramai ramai laa  bebudak nih.  Jawabnya bebudak ni bukan dapat menan Iron Man, tapi terus dapat jumpa 'incredible Hulk' secara live hahaha :-P

By the way, video ni dah seminggu dah recorded.  Everytime diorang buat prangai mintak Iron Man menan lagi, Mama bagi diorang tengok video nih.  Bila dengar 'kemerduan' suara masing masing, pakat gelak and termalu sendiri sebab kecoh yang amat kan.  Pastu diam laa tak mintak menan Iron Man tu.

But last nite trick aii tak berjaya dah.  Lepas tengok video nih si Faris still buat perangai nak Iron Man jugak jugak.  Bila dia mintak, lagi dua orang pun backing laa mintak jugak.  Abih tiga tiga orang kena tempik ngan 'incredible hulk' ni baru diam.  Tapi cian gak laa tengok depa tersedu sedan nangis :-(

So Mama kata kat Ayah kita kena beli gak laa, cari yang murah murah.  Lunch time tadi Mama pi cari dah kat kedai toys area ofis ni tapi tak dak yang murah.  Yang jumpa semua RM50++ seketul walaupun kecik ciput jaa.  Aiyooo how laaa?  Nampak gayanya balik ni singgah Jusco dulu, hopefully ada yang murah skit. 

If tadak? Aiyarkkk sebelum beli aii fengsan dulu lah *gedebuksss*

Labels: ,