Mahalnyaa....

Salam dears,
Lunch Mama hari ni - nasik putih separuh, sayur + paru goreng = RM5.50.  Mahalnya mak aihhh!  Ke Mama je yang rasa cam mahal?  Kalau ambik ikan ke ayam ke logik gak 5 hinggit lebih, ni paru ngan sayur masak air je, bukan patut murah lagi ker?  Hmm ni lah hakikat hidup di KL nih, makan minum mahal.  Nak murah?  Masak sendiri laa nokss huhuhu....

Tapi kan Mama rasa harga tu bergantung gak kepada sapa yang tukang kira (cashier) time tu.  Coz sebelum ni Mama biasa beli lunch kat kedai yang sama, owner laki bini aka pakcik & makcik.  Kalau makcik tu kira, InsyaAllah murah skit.  Pernah Mama beli lauk yang sama, makcik tu charge 3 hinggit lebih je.  Tapi kalau the pakcik yang kira, memang nak nangis laa rasanya hehe.

When it comes to bab beli makan minum nih, apa yang cahsier charge then itu lah Mama akan bayar.  Tak reti nak bargain tawar menawar or tanya betul ke tak kira ke apa ke. Coz rasa cam...aku dah makan/ambik, bayar je laaa. 

But biasa gak tengok setengah customer tak puas hati and tawar menawar harga makanan kat kedai.  Kalau yang tanya secara elok & suh kira balik secara elok tu ok lah, memang hak customer.  Tapi yang jenis pertikaikan harga sampai tinggi suara cam nak bergaduh, semua orang dalam kedai tengok tengok pandang pandang...adehhh malu sehhh...

Korang plak camna?  Bab makan minum ni korang biasa tak tawar menawar harga?