Jangan Laju Laju!

Salam dears,
Pagi ni rushing nak pi keja, sebab hari ni Mama pegang kunci ofis jadi kena la sampai awal bukak pintu.  So Ayah drive keta agak laju.  Walaupun sebenarnya tak yah laju laju coz jalan clear, ramai orang dah start cuti kan *sigh*

Anyways, as usual Mama tegur la ayah jangan laju laju, suh slow skit.  And as usual ada je la suara tecik menyampuk..

Fahmi:  Ayah stop Ayah stop! jangan laju laju
Faris:  Jangan laju laju Ayah, nanti jatuh!
Fauzi:  Aaa aaa...jatuhhhh...
Fahmi:  Berdarahhhh!

Errr bawak keta laju nanti jatuh berdarah?  Terus Ayah tergelak and kata ok laa ok laa Ayah slow laaa hehehe.

Hmmm slalunya bila si kembar ni lari Mama/Ayah akan kata jangan lari laju laju nanti jatuh, kalau jatuh nanti luka berdarah.  Agaknya sebab tu bebudak ni kaitkan if laju laju = jatuh.  And kalau jatuh = berdarah.  

Abihnya if bawak keta laju pun nanti leh jatuh sampai berdarah laa hehehe.   Apa apa je la si kembar ooi, asalkan the mesej is understood ok laa kan?

So pesanan si kembar hari ni kepada korang yang nak drive balik beraya - jangan drive laju laju tau, nanti jatuh berdarahhh ;-)

Jangan laju laju tau, nanti jatuh berdarahhh!
Tak pun nanti polis tangkap kang... hehehe

Selamat Hari Raya Aidiladha everybody & enjoy the holidays! :-)

Labels: ,