Hobi Si Kembar 3

Salam dears,
Salah satu hobi si kembar 3 sejak dulu lagi ialah melukis & mewarna, walaupun sebenarnya apa yang diorang buat tu lebih kepada menconteng jer.  Si Fahmi ni kalau nak menulis/melukis memang dia akan kata "Fahmi nak conteng lah" hehe. 

Kecik kecik dulu diorang dengan kreatifnya 'melukis' guna air liur.  Abih kotor meja kerusi kat umah ngan air liur diorang, yuks!  Pastu Mama & Ayah belikan doodles untuk diorang, sebab time tu nak bagi pensel & kertas tak konpiden lagi.  Risau memikirkan abih dinding semua akan penuh dengan 'lukisan' diorang.  

But now memandangkan diorang dah besar, kitorang brani laa bagi.  Tapi still kena sentiasa pantau tak leh biar diorang bergumbira bertiga jaa kang tengok tengok abih dinding penuh ngan 'modern art'.  Hmm dalam dok pantau ni pun ada gak terlepas segaris dua warna warni kat dinding tu *sigh*.

Walaupun diorang still tak brapa cekap mewarna/melukis, but now they're much better than before.  Kalau dulu bila dapat coloring book bukannya diwarna gambar gambarnya, tapi abih diconteng penuh zig zag merata rata sampai dah tak nampak rupa gambar dah.  

Skarang ni walaupun still blum pandai nak properly color within the lines but at least they've grasped the concept of coloring.  Ehhh apa Mama cakap belit belit nih? Korang paham laa kot noo? hehe.  Nasib laaa... ;-)

 
Tiga orang dak encem sedang kusyuk melukis / mewarna / menconteng :-)

Fahmi tiru Mama lukis fish.  Lukisan mak & anak lebih kurang je kan?
Mama nye fish pun standard budak tadika jer hahaha :-P

Faris kaler dinosour.  
At least ada gak idea nak kaler the dots only, seni gak laa tu kan? ;-)

 "Mama, tenyok ni...tenyok ni dinasour! Faris lukis, Faris andaiii!"
dengan bangganya dak kecik nih announce hehe

Hai laa dak Fauzi nih, dalam banyak banyak benda nak kaler, 
lubang hidung gak yang dia aim dulu hahaha ;-)

 Si Fahmi dah move one step further - attempting to write.
Walaupun terketar ketar line tu tapi can still make out the alphabets. 
Kira ok laa tu kan? :-)

Hopefully tak lama lagi si kembar 3 ni akan lebih pandai mewarna, melukis and menulis.  Bangga nokss aii tengok anak anak aii ada improvements sejak dok pi terapi & masuk tadika, walaupun improvement nye skit skit je.  It's ok if they take one small step at a time but lama lama nanti mesti bertambah pandai, ye dak? InsyaAllah :-)

Labels: ,