Currently Reading #4


Salam dears,
Semua orang nak bahagia dalam hidup ni kan?  Mama pun sama, kalau boleh nak jadi wanita yang paaaling bahagia skali.  Jadi, kenalah usaha & didik diri sendiri camna caranya untuk bahagia. 

Bagi Mama, bahagia tak semestinya bermaksud kita mesti ada segala-galanya yang kita nak, tapi bahagia or being happy is a feeling that we can 'create' for ourselves.  Contohnya if kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada, then kita akan rasa happy/bahagia, rasa semua benda pun cukup jer. 

Tapi if kita tak bersyukur and asyik memikirkan kekurangan or apa benda yang kita tak ada, then kita akan rasa semua benda tak cukup & that could lead us to be unhappy with ourselves & our life.  Boleh gak menimbulkan rasa dengki or cemburu ngan apa yang orang lain ada.  Betul tak kawan kawan? hehe :-)

Anyways, di antara tips untuk menjadi wanita paling bahagia yang ada dalam buku ni ialah:

- Paling penting - taat pada perintah Allah (solat, tutup aurat, taat pada suami etc etc), InsyaAllah hati akan tenang and rasa bahagia.

- Jangan asyik dikenang benda or peristiwa sedih yang dah berlalu, redha dengan ketentuan Illahi.

- Be optimistic in life.

- Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan.  Bak kata omputih, always count your blessings.  But ni tak bermaksud dah tak payah berusaha nak memperbaiki diri & kehidupan.  Cuma jangan asyik memikirkan kekurangan sampai lupa segala kelebihan yang ada.

- Lebih elok rezeki yang sikit tapi halal & membahagiakan daripada rezeki banyak tapi boleh menyengsarakan anda.  Contohnya dapat duit dari sumber yang tak halal, tak berkat hidup nanti.  Kat dunia tak tenang, kat akhirat lagi laa teruk balasannya nanti.  Ish... takut!

- Jangan suka berdengki or berdendam dengan orang lain, sebab sikap camtu boleh memakan diri sendiri.

Tu je laa yang Mama ingat.  Nak tau lebih banyak tips, sila laa beli & baca sendiri yer.  Murah jer buku ni, cuma saploh hinggit saja for a good reminder & pick-me-up read :-)

Labels: