Currently Reading # 3

Salam dears,


Bahan bacaan sebagai peringatan kepada diri sendiri - mesti sentiasa ingat mati.  Kerana mati itu adalah satu kepastian, tak ada sesapa pun yang dapat lari dari kematian.  Kerana hidup di dunia ni hanya sementara & akhirat itu yang kekal abadi. 

Sudah bersediakah untuk mati & pergi mengadap Yang Maha Esa?  Sekiranya ajal datang menjemput dan kita mati pada hari ni juga, sudah cukupkah bekalan untuk akhirat nanti? 

Bak kata penulis buku ni, jangan ditangguhkan bertaubat, kerana mati itu boleh datang pada bila bila masa saja...

Oleh itu, mesti sentiasa ingat mati supaya tak terleka dengan duniawi semata mata.

 
~ peringatan untuk diri Mama sendiri ~

Labels: