Supplements Apa Yang Bagus Untuk Tulang & Otot?

Salam dears,
Sebelum ni kan Mama ada crita yang Mama dah a few weeks sakit pinggang/blakang.  Mama dah pun pi mengurut ngan sorang makcik urut kat Bdr Tun Razak, lepas urut rasa lega skit.  But a few days after that start sakit balik sampai nak berjalan pun susah. 

So last Saturday Mama terus pi jumpa doctor pakar ortopedik and buat x-ray, risau kalau kalau ada masalah tulang belakang.  Alhamdulillah, it's not slip disc and my bones are fine, fuhhh legaaa! :-).  Cuma ada some muscle problem ntah apa ntah yang doc sebut Mama pun tak ingat dah hehe.  Yang pastinya, bukan slip disc, Alhamdulillah. 

Doc bagi stok ubat for 1 month and suggest Mama buat exercise untuk increase muscle flexibity cam swimming, yoga or tai chi.  And doc rekomen suh Mama ambik supplements to improve muscle, joints and bones health.  Doc suggest supplements Essentials and Proflavanol dari brand USANA.  
 
Mama dah jumpa the agent/seller and dah baca baca infor from internet.  Nampak menarik, cam bagus.  Taaapi...harganya perghh boleh tahan mahal - 298 hinggit untuk satu setengah bulan.  Berpeluh ketiak gak laa kalau nak maintain makan tiap tiap bulan wehhh!

Pastu Mama pun google google laa supplements lain untuk sakit pinggang/blakang.  Tengok ada a few blogs crita pengalaman positif makan supplement Shaklee OsteoMatrix.  Harga tak mahal sangat, dalam 60 hinggit je kot sebulan.  Menarik tertarik skit aii tengok harga tu berbanding harga Usana kan hehe. 

Tapi...tapi...Usana tu doc pakar yang suggest, so it must be good kan?  Hmmm... dilema aii, antara harga mampu milik atau something yang doc suggest.  Tapi kalau tak mampu nak maintan ambik tetiap bulan pun, tak dak makna gak.  Sebab supplements ni biasanya efek lambat, bukan sebulan ambik dah leh baik kan?  Haishhh fenin mak!

So ni Mama nak tanya kat sini if ada sesapa yang pernah or sedang ambik supplements Usana or Shaklee OsteoMatrix ni, elok ke?  Betul ka berkesan?  Apa positive effect yang korang rasa?  Sesapa yg ada experience guna, sharing sharing experience korang please?  Sharing is caring dears, muahhhh! hehe ;-)

Labels: