Minum Susu Formula = Anak Lembu?

Salam dears,
Sedih ada, sentap pun ada.  Itu lah perasaan Mama bila baca or dengar orang komen pasal bagi anak minum susu formula (susu lembu) ni nanti anak macam anak lembu.  Tak patut tau kata camtu, sedey aii uols kata anak anak anak aii cam anak lembu *sob*sob*nanges*

Alkisahnya pagi tadi Mama blogwalking.  Kat satu blog ni bercerita laa tentang ada member dia kutuk dia breasfeed (BF) macam orang kampung.  Masa Mama nak tinggalkan komen, tengok ada reader yang jokingly kata biarlah member dia tu terus bagi minum susu lembu, kot kot menurun perangai lembu!  Aisehhhhh walaupun it's a joke, but..but...terguris gak laa hati aii yang sensitip ni wehhh.

And this is not the first time Mama baca komen komen or entry yang berpandangan lebih kurang camtu kat blogs lain gak.  Ada segelintir mommies yang sangat taksub ngan breasfeeding ni, yang bangga sangat diorang dapat fully BF sampai pandang rendah & kutuk mommies yang tak BF.  Nasib baik bukan semua fully BF mommies yang berfikiran camtu, kalau tak mesti lagi rendah laa darjat kitorang the non-BF mommies ni dimata dunia ni kot huwaaaa :-(

Yes, Mama ni mungkin salah sorang daripada mommies yang dianggap tak sayang anak dimata korang yang fully breastfeed sebab I give my boys formula milk since the 1st day they were born.  But I have my reasons.  Bukan Mama tanak fully breastfeed.  But 3 babies at one shot, rasa rasa korang mampu ke nak fully BF sejak day 1, yang mana masa tu susu pun masih malu malu kucing je nak kluar?

And Mama terpaksa, yes TERPAKSA stop kan my milk disebabkan oleh health reason.  Mama sempat menyusu/BF si kembar for 1 month only pastu terpaksa stop atas nasihat mak bidan & doktor.  Sebabnya a few days lepas lahirkan si kembar 3, Mama kena penyakit breast abscess and kena operate sebelah breast untuk kluarkan nanah.  

Tempat operate tu plak tak dijahit semula, it was left as an open wound, about 1.5 inch gak laa panjangnya.  Tiap hari Mama kena ulang alik ke klinik untuk cuci the open wound.  Sakitnya Allah je laa yang tau.  Ishhh ngilu bila ingat balik.

Anyway, sambung bebel. Bila open wound camtu, susu dari breast yang ada open wound tu tak leh bagi kat anak anak minum.  Sebab takut ada infection or susu tu kotor.  So si kembar nih menyusu from sebelah yang tak operate tu je.  But susu dari belah yang operate still kena pump sebab selagi anak menyusu the other side, milk was still produced from both sides kan.

Ingat lagi masa tu Mama memang tak dak rehat langsung.  Bila si kembar bangun Mama bagi susu bergilir gilir.  Kalau sorang menyusu ambik masa dalam 20-30 minit, nak abihkan 3 orang dah sejam lebih.  Elok je yang last (3rd) baby puas susu, yang no 1 dah bangun nak susu balik.  And bila diorang tak menyusu, Mama akan guna masa untuk pump susu dari belah yang kena operate.  

Kalau tak pump, nanti bengkak & sakit. Also risau milk production akan kurang. Jadi letih tak letih, Mama usaha jugak pump susu.  Duduk laa sambil ber FB sambil pumping tengah malam or siang buta.  Siap beli pump Medela yang mahal beratus hinggit tu wokeh, sebab semangat nak BF anak anak.  I remember BF & pumping non-stop - macam kilang susu!

Unfortunately, a few weeks after operate Mama almost kena balik penyakit yang sama.  Breast yang lagi sebelah plak macam nak jadi breast abscess.  Bengkak and Mama demam panas, badan terketar ketar & rasa sakit yang amat sebab susu macam blocked tak leh nak kluar.  

Bekas operate kat perut blum baik sepenuhnya, open wound kat breast yang operate pun blum baik, ni sakit lain lagi plak dah.  Dah laa masih dalam pantang lagi time tu.  Dengan 3 babies yang memerlukan attention all the time, memang trasa sangat mencabar laa masa tu.

Because sakit tu, Mama pi jumpa mak bidan nak mintak dia urut, kot kot if susu lancar nanti dah tak sakit.  But tau apa mak bidan tu kata?  Dia nasihat suh Mama stop kan je laa susu badan, biar dia tutup terus urat susu.  Sebab katanya sebelum ni dia pernah jumpa orang yang jadi camni, dia suh stop but that lady tanak, tetap gak menyusu badan.  Akhirnya sakit makin teruk, she developed breast cancer and died!  Bayangkan, anak masih kecik tapi mak dah tak ada.  "Ko nak jadi camtu ke?" mak bidan tu tanya Mama. 

Pastu bila jumpa doktor plak, doc kata as long as you are producing milk, the infection can reoccur.  Mungkin akan jadi lebih teruk.  The best way to ensure it doesn't happen again is to stop your milk production i.e. stop breastfeeding.  So how?  Pikir punya pikir and lepas bincang dengan Ayah, kitorang decide stop kan je laa my breast milk.  Terpaksa. Terkilannya Mama masa tu tatau nak cakap laa.  

Masa pi jumpa mak bidan untuk mintak dia sekat/stop kan urat susu tu, memang tahan air mata laa Mama nih, sedih yang amat.  Rasa bersalah kat si kembar pun ada sebab tak mampu nak bagi diorang susu badan. Tapi biarlah Mama ada & sihat untuk jaga diorang daripada sakit or mati and si kembar membesar without a mother.  It was one of the most difficult decision I had to make, but I made it thinking about my children.

Haisshhh dah panjang lebar plak Mama membebel nih hehe. The main point is - please don't judge us (non-BF) mothers negatively just because we couldn't BF our children.  And please please please do not look down on our children and anggap diorang nanti kurang bijak, kurang bagus berbanding ngan anak korang just because they drink formula milk. 

Tolong lah jangan mengutuk, mengata, label kitorang & anak anak kitorang yang bukan bukan.  Instead, bersyukurlah sebab Allah kurniakan korang nikmat untuk BF and anak anak rezeki susu ibu.  Kang kalau takbur & eksyen sangat kang Allah tarik balik nikmat & rezeki tu camna?  Kalau time tu korang terpaksa pi beli bagi formula milk untuk anak anak korang, time tu nak ke kata anak sendiri anak lembu?...

Sekian, luahan hati panjang lebar seorang ibu yang tak dapat nak breastfeed anak anak nya... :-)


p/s - Bukan semua fully BF mommies yang notti suka mengata camtu tau.  Tapi disebabkan ada segelintir yang camtu, buat aii terguris hati and maka kluarlah entri sentap + sedey ini...chewah! hehehe.

Labels: