Mengamuk Sakan!

Salam dears,
Balik dari taska malam smalam, si kembar ni mengamuk sakan!  Mama rasa cam dah lama diorang tak buat perangai camtu, mengamuk sampai Mama rasa mati akal tatau camna nak pujuk.  Sampai Mama pun tension and rasa nak nanges sama laa, uwaaa!

Alkisahnya camni...on the way balik dari taska lalu depan McDonalds.  Si kembar ni dah kenal sangat dah dengan logo McD tu so nampak je terus ajak "nak makan!".  But since diorang dah dinner kat taska and Mama & Ayah pun dah makan, tanak lah singgah, terus balik je la. Well, BIG mistake my dear.  We should have at least singgah and bagi diorang main main kat the play area dalam McD tu *sigh*.

Sebab sepanjang jalan balik umah si Faris & Fauzi mengamuk menangis menjerit jerit.  Siap baling bantal baling kasut kat Mama & Ayah *cian kitorang*.  Si Fahmi sorang je yang releks.  Bila sampai kat parking lot, Faris & Fauzi still mengamuk and mogok tanak turun dari keta, pakat dok jerit "jom! jom!" and tunjuk ke arah jalan kluar.  Ayah nak angkat diorang kluar keta pun susah sebab pakat pukul & tendang Ayah *cian Ayah*.

Bila Mama buat trick nak tinggalkan diorang dalam keta pun diorang bo layan, masing masing still meraung tanak turun keta.  Kecohnya time tu Mama tatau nak cakap lah, agaknya semua jiran jiran satu block leh dengar raungan si kembar ni kot huhuhu *malu wehh*

After almost 20 minutes, dapat gak tarik budak tecik 2 orang tu kluar dari keta.  Dah pakat buat protes kat tengah jalan plak, si Faris siap meraung duduk tengah tengah jalan.  Si Fauzi plak menangis sampai merah merah muka, meleleh air hidung semua siap lah, drama giler budak tecik nih.

Ntah camna dapat gak heret budak bertiga ni sampai ke depan lif.  Dah buat prangai tanak masuk dalam lif plak dah, mengamuk satu round lagik.  It's not easy tau nak paksa 2 budak tecik yang tengah mengamuk untuk masuk dalam lif, especially bila diorang protes dengan cara terus duduk gedebuk atas lantai tengah jalan! 
 
Kita ni dah laa dengan dok usung beg banyak lagi, so how laaa?  Disebabkan tanak orang lain dalam lif tu lama menunggu kitorang, Ayah naik dulu hantar barang ke umah.  So nanti senang skit kalau nak kena angkut bebudak ni naik ke umah.

Sementara menunggu Ayah, memang Mama rasa nak nanges laa dengan kerenah si kembar nih.  Si Fauzi suh Mama dukung dia sambil dia dok nanges meleleh air hidung semua, si Faris plak continue hangin dok mengamuk lagi skit skit nak lari ke arah jalan kluar.  Si Fahmi yang tadinya releks ja, dah start meraung gak sebab kalut Ayahnya naik ke umah tinggai dia so dia asyik dok tekan lif nak masuk lif.

Korang bayangkan laa Mama ni dengan dok dukung si Fauzi yang berat dekat 16kg, pastu dok try halang si Fahmi daripada terlepas naik lif sorang sorang and at same time dok kejar halang si Faris daripada lari tengah jalan.  Orang yang lalu lalang pun pandang smacam ja. 
 
Ada this one nice guy agaknya sian tengokkan Mama siap tanya "do you need any help?".  But Mama maintain cool senyum & kata "it's ok, they're just throwing their tantrum, buat prangai skit tanak naik umah".  Perghhh giler control padahal time tu Mama rasa nak nanges meraung jugak aii tell u hehe.

Nasib baik tak sampai 10 minit Ayah dah turun balik & sama sama pujuk si kembar nih.  Lepas tabur janji janji manis nak balik umah tengok Transformer laa Omen laa dinosour laa etc etc, Fahmi & Fauzi pun ok naik masuk lif.  But si Faris plak tetiba dapat this bright idea nak panjat tangga!
 
Uwarghhh Mama terus rasa nak fengsan, apsal ko nak panjat tangga lak nak oii? Walaupun tak tinggi, tapi aii dah letih nak patah pinggang dah time tu tak larat dah nak panjat tangga, tercabut lutut kang hehehe.  Sian kan Mama kot, Ayah kata takpa dia naik tangga ngan bebudak, Mama naik lif.  So that's what we did.

And guess what, elok laa plak budak tecik 3 orang tu panjat tangga.  Bila sampai atas pakat sengih sengih like nothing happened pun wokeh.  Padahal tadi drama air mata kemain lagik.  Setengah jam gak laa episod mengamuk tanak naik tu.  Memang...memang laa si kembar ni saja nak dera Mama & Ayah, adehhh....

Hmm... ni lah salah satu 'cabaran' ada anak tecik 3 orang yang slalu buat benda secara berjemaah - tag team kasi Mama & Ayah fenin, fenin dan fenin! *sigh*

But truth is, it's a very small price to pay for all the happiness that they bring.  Kalau time semua baik & behave, ishhh memang best sangat, sangat, sangat best ada anak kembar 3 orang nih.  Ceria hari hari ku tau, chewaahhh hehehe. Alhamdulillah :-)

Labels: ,