Jangan Lalu Bawah Balkoni!

Salam dears,
Jangan lalu bawah balkoni?  Yup, jangan lalu, bahaya!  Balkoni umah sapa?  Umah sapa lagik, umah si kembar 3 ni ler.  Kenapa?  Kerana takut sedang anda berjalan berlenggang kangkung tu, tetiba gedebukkk ada benda jatuh atas kepala anda - 'hadiah' dari si kembar 3 *sigh*
.


Ni ler rupa balkoni umah Mama, dah pasang net separuh grill tu dah.  Nak mengelakkan si kembar ni buat aktiviti fevret diorang - buang barang ke bawah.  Tapi...still gagal!


Tu nampak tu ruang tecik cinonet je kat net tu, still boleh dikopek si kembar ni & sumbat gak barang barang yang kecik buang kot situ, adoiiii laaa anak!  

Hari tu tengah Mama kat bilik air, tetiba dengar bunyi 'ketang! ketang!'  errr lebih kurang cenggitu laa bunyi nya, bunyi benda jatuh atas jalan tar.  Dan disusuli pula oleh suara tiga orang budak tecik berdiskusi sambil bergelak ketawa. 

Sah! Memang sah ada laa keja budak 3 orang tu. Masing masing tengah dok syok campak mainan blocks diorang kebawah.  Bila Mama terjah, pakat lari bertempiaran pi nyorok bawah meja.  


Si Fahmi sembunyi blakang bantal bucuk lagik tu haaa

Kunun nyorok takut kat Mama, tapi pakat gelak gelak gatal lagi ada laa... aii nak marah pun tak jadik...




Bila di soal siasat plak, pakat tuduh menuduh sesama sendiri.
Fauzi sorang je yang brani mengaku hehehe

Hmmm camna nak buat bagi budak tecik 3 orang ni jangan buang barang ke bawah pun tatau laa.  Risau memikirkan kot kot barang yang dibaling kena kepala sesapa yang dok lalu lalang bawah tu. Orrr...if barang jatuh atas keta orang pun kes naya gak.  Ishhh jangan laa esok lusa ada yang datang ketuk pintu umah nak komplen udah ler...

Labels: ,