Friday, February 3, 2012

Menangis!

Salam dears,
Menangis! Itu laa yang jadi bila si kembar dipisahkan kejap time tadika semalam.  Walaupun on 1st Feb dah start pi Pasti, tapi hari tu kan Wilayah public holiday so the tadika pun tutup, stakat pi taska je.

So kiranya yesterday lah 1st day tadika, and yesterday start ngan Fauzi sorang je dulu.  Masa Mama ambik si kembar petang smalam, Mama tanya laa camna?  Pengasuh kata semua nangis - yang sorang kat tadika nangis, yang dua orang kena tinggal kat taska pun nangis.  Masing masing mencari sesama sendiri. 
Nasib baik laa kelas tadika kejap dalam 3 jam je, pas kelas abis terus si kembar 3 ni back together gether again :-) 

Tadi pagi plak, dari awal bangun lagi si Fahmi dok bagitau Mama "nak pi kaka, nak pi kaka" (taska).  Tapi bila sampai simpang nak kona masuk ke taska Pasti tu, terus dia jerit "nanak! nak pi kaka!" and bila sampai depan taska Pasti, dia nangis meraung raung tanak turun keta.  Rupa rupanya yang dia dok cakap nak pi kaka tu ialah nak pi taska lama *sigh*.

Dah bawak masuk taska pun dok meraung lagik, pastu nengokkan si Fahmi nangis, Faris pun join skali nangis gak.  Sedih jer tengok, cian diorang :-(.  Cuma Fauzi je yang happy tak ambik port langsung, masuk je terus 'mengemas' apa yang ada hehe.

Rasanya maybe sebab ni kan tempat baru, cikgu cikgu baru, kawan kawan baru so mesti lah perlukan masa skit untuk sesuaikan diri ye tak?  Mungkin masih rindukan taska dulu tu, bertahun lamanya diorang kat sana dulu, mesti lah teringat ingat lagi kan.

So hopefully with time, nanti diorang akan biasa & suka pegi ke Pasti nih, InsyaAllah.  And Mama & Ayah pun kena pantau tengok camna perkembangan diorang (fizikal & mental) to make sure everything is ok.  Tengok laa next few weeks plak camna...

Ehhh esok start cuti panjang kan? Yay! Yay! Selamat bercuti everyone, enjoy your holidays! :-)

 3 heroes yang tak leh berpisah :-)


p/s - baru je Mama tekan publish post ni, dapat call from cikgu taska lama.  Nak bertanyakan khabar si kembar.  Hmm... sayang betul cikgu tu kat si kembar ni kan...


13 comments:

✿Gucciey Lavender✿ said...

tiga3 comel .. ptih :)

amiey lee said...

alahaii so sweettt... yela depa dh biasa bertiga.. sian plak nak separate2 nih

ch@ said...

sedih pula kita baca entry ni kak nani. betapala dorang tidak mahu berpisah. sebak betulll.

Mama Kembar 3 said...

Gucciey Lavender: Tq, TQ! ;-)


amiey lee: sian mmg sian, tp terpaksa...insyaAllah tak lama lgi ok la tu kan

Mama Kembar 3 said...

ch@: mama pun sama, esp tgk fahmi nangis pagi td. tp kena kuatkan hati, demi nak bg anak anak anak kesayangan ku berjaya :-)

Izan Ishak said...

kesiannya mama bila kembar 3 berpisah wpun kejap je... mula2 menangis, harap2 lepas ni ok semuanya ye!

CekbOlat-bOlat said...

alahaii.. yg semalam smngat jee msuk tdika.. siap tutp pntu..n tak babai mama.. hoho

wahh..rmai syg si kembar 3 ^^

Siti_btp said...

Seronoknya tengok keletah anak kembar Nani....

Akak pula 3 anak lelaki istimewa(oku)

Rozuan Ismail said...

tak ganggu psikologi diorg ke nanti

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

kembar mmg x boleh dipisahkan kan, masing2 terasa ..

cikgu tu dh syg kat kembar 3 yg comell..:))

ADEEYA said...

Comel. Hehe. :) nanti lama2 mesti okay.

Mama Kembar 3 said...

TO ALL: Thanks for your comments.

Siti_btp: akak, u r an amazing women! :-)


Rozuan Ismail: Hopefully not. Tu doktor ada pesan suh pantau perkembangan diorang fizikal, mental & emotional. Kalau nampak any negative signs (cth depression), then kena reassess the situation & see what needs to be done.

Zaza Fakharuldin said...

akak kembar 3? wah wah ! semoga anak2 akak menjadi anak yg soleh dan solehah. hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...