Thursday, September 29, 2011

Hanya Jasad Ku Di Sini...

Salam dears,
Pagi ni datang opis dengan hati yang tak rela, datang keja sebab terpaksa.  Hanya jasad yang berada di opis ni, my mind & soul is elsewhere...apsal?  Pasal anak aii tak sehat lagi laa huhuhu...

Sesapa yang slalu baca blog ni mesti prasan si kembar ni kerap gak tak sihat kan?  Well, ikut kata doc, si kembar ni ada tonsil yang besar daripada normal jadi memang mudah skit jatuh sakit batuk demam selsema etc etc.  Rasanya keturunan gak nih, Mama & Ayah both pernah kena tonsilitis, Mama dah operate buang tonsil sejak kecik lagik.  So tak heran lah if si kembar pun ada masalah sama.  Plus si kembar kan pegi taska, so mudah laa terbejangkit itu ini.  Plus plus lagik..diorang kan ada asma jugak... :-(

Anyway, last weekend, masa kena allergic tu Fauzi batuk batuk & badan dedar, si Fahmi pun ada demam skit tapi bagi ubat cepat je baik.  Skarang ni turn si Faris plak lah.  Tapi yang merisaukan ialah malam semalam demam nya agak tinggi. 

Petang kat taska cikgu dah bagi ubat minum dah.  Malam balik dari taska dalam kul 9 Mama check suhu badan dia 38.1C so bagi minum ubat lagik.  Tapi tak reda gak panasnya tu, kul 9.40 Mama check tengok tengok makin naik plak sampai 39.1C!  Ishh apa kes???

Terpanik gak laa Mama time tu, tatau apa nak buat.  Sebab dah lama si kembar tak demam tinggi sampai camtu, demam biasa biasa tu ada laa, bagi ubat minum suhu turun.  Nasib baik Ayah ingat suh masukkan ubat bullet (yang masuk kot bontot tu).  Tapi pakat tak sure plak suhu berapa tinggi baru boleh guna ubat tu.  

Mama call tanya Mak Mama, dia pun tak sure gak & dia suggest call tanya doctor.  So call laa klinik plak, nasib baik klinik blum tutup lagi time tu.  Nurse yang jawab tu suh cepat cepat masukkan ubat bullet  untuk turun kan suhu badan dulu.  So terus masukkan ubat, nasib baik si Faris pun cooperate.  Masa kecik kecik dulu 'bercinta' jugak lah menendang meraung kalau nak masukkan ubat tu.  By the way, in case korang tak tahu, for kids if suhu badan naik melebihi 38.5C ada risiko kena sawan demam.  Nauzubillah….

Nasib baik gak kebetulan masa tu jugak Mama dok bersms ngan Ct Azct, member geng kembar, dia bagi petua suh lap basahkan seluruh badan si Faris dengan air asam jawa.  Sebelum ni Mama tau sapu ngan air sejuk je.  So Mama buat lah camtu.  Bukak baju si Faris, biar pakai pampers je & sapu air asam jawa seluruh badan dia, cuma elak bahagian dada takut sejuk kang jadi semput plak budak tu.  Alhamdulillah tak sampai setengah jam suhu badan dia dah turun.  

Sepanjang malam Mama tido tak lena risau kan dia, setiap jam Mama bangun check temperature.  Lega bila dia leh tido and badan dia tak panas.  But...bangun pagi tadi bila check ada gak mild fever, suhu 37.7C.  Cepat cepat bagi ubat minum, tepek Kool Fever kat dahi dia & tunggu suhu normal baru hantar ke taska.

Sampai kat taska, berbakul bakul rasanya pesanan Mama kat cikgu, mintak tolong tengok tengokkan si Faris.  And berkali kali pesan if suhu naik tinggi suh immediately call Mama.  Am really hoping moga moga si Faris sihat, also Fahmi & Fauzi pun, jangan laa berjangkit.  Please, please, please Ya Allah, kurniakan lah kesihatan yang baik kepada anak anak ku, Amin.

And maapkan daku kalau tak dapat nak fokus 100% buat keja... tak dapat nak dielakkan... my children are always on my mind...



p/s - kalau tak baik jugak, malam ni nak bawak ke pediatrician diorang plak.  Maybe kena ambik antibiotik baru nak baik kot?

Tuesday, September 27, 2011

Fesyen Ke Ni?

Salam dears,
Kalau pakai seluar londeh skit nampak spender dianggap fesyen trend dikalangan sesetengah anak muda, maka pada firasat korang lah kan, bolehkah cara si kembar tiga ni pakai sluar camni dianggap sebagai fesyen jugak? 
 
Pakai sluar tinggi tinggi, kaki senteng and masukkan kedua dua belah tangan dalam sluar.

This look was inspired by watak Pak Uda Pi Mai Pi Mai Tang Tu hehehe.  Bezanya stail si kembar ni ialah masukkan jugak kedua dua belah tangan dalam sluar *sigh*.  Aiseh tak kenal watak Pak Uda?  Pi google sendirik lah ;-)

 Pandangan dari depan & belakang ;-)

 Tangan kat luar pun boleh, tapi sluar musti tinggi 
untuk mengekalkan ke-Pak-Uda-an gaya nih hehehe

 Macam penguin pun ada gak...

So...what do u think?  
Is this a fashion statement or what? 
hehehe ;-)

Sunday, September 25, 2011

Kenapa Mama Fobia Naik Teksi...

Salam dears,
Dalam entry yang Mama membebel tensyen LRT rosak, k-na tanya Mama kenapa tak naik cab / teksi jer? Errr...sebenarnya...sebenarnya Mama ni fobia skit bab nak naik teksi sorang sorang nih.  Sebab dah ada pengalaman pahit yang sampai hari ni dok teringat ingat...

Bendanya jadi dah lama dah, dalam tahun 2003 kalau tau silap.  Masa tu Mama masih single mingle lagi & dok kat shah alam, keja kat Jalan Raja Laut KL.  Pagi tu keta Mama rosak so naik laa teksi dari seksyen 8 shah alam nak ke stesen komuter shah alam.  Biasa pun memang Mama bawak keta parking kat stesen komuter tu je, malas nak drive sampai opis nanti parking mahal.

Memula happy laa sebab cepat je dah dapat teksi, but sebaik saja masuk dalam teksi tu terus rasa nyesal aku naik.  Sebab bila tutup je pintu, baru prasan ada bau arak and drivernya mabuk!  Time tu jugak Mama terus try nak bukak pintu nak turun balik tapi pintu tak leh bukak sebab driver tu dah kunci (auto lock kot) and kunci kat pintu blakang tu dua dua patah (or dipatahkan?), tak leh nak unlock sendiri, uwaaaa! 

Memang panik giler aaa Mama time tu, macam macam dalam kepala otak nih.  Tapi berlagak kunun kunun cool lagi, bila driver teksi tu tanya nak pi mana Mama jawab laa stesen komuter.  Pastu terus call Ayah (time tu masih boypren je lagik) and bagitau Ayah yang Mama dalam teksi plat no apa, tengah on the way nak ke mana etc etc.  Mama saja cakap kuat kuat bagi driver tu dengar, dengan harapan driver tu tak brani lah nak buat yang bukan bukan.

Tapi half way terprasan ehhh ni cam jalan yang aku tak kenal je nih, jalan pi mana nih?   Terus Mama tanya kat driver tu "U nak bawak I pi mana ni?  Ni bukan jalan ke komuter!".  Dia jawab "ni short cut".  Mama kata "I tiap tiap hari pegi komuter I tau jalan laa" and then Mama suh dia ikut jalan yang Mama nak, sambil tu Mama on the phone bagitau kat Ayah kitorang ikut jalan mana.  Driver tu pun terus "ohh okeh okeh...kita tak payah ikut short cut".  Memang sepanjang jalan tu Mama cakap tepon ngan Ayah, describe everything and cakap kuat kuat bagi driver tu dengar.

Bila dah sampai kat stesen komuter, driver tu mintak RM100!  Padahal biasa tambang tak sampai RM10 pun.  Time tu plak dalam purse Mama ada RM50 je, but dia insist mintak RM100 jugak.  Pastu dia tanak unlock pintu slagi Mama tak bagi 100.  

Tatau nak buat apa, Mama ketuk ketuk tingkap sambil jerit mintak tolong, time tu ada laa beberapa orang yang dok lalu lalang terberhenti pandang pandang teksi nih.  Tatau laa diorang sebenarnya dengar ke tak Mama jerit tu.  Bila buat camtu baru laa driver tu kata "ok ok u bagi saya brapa banyak u ada".  Dah dapat duit, baru dia unlock pintu and Mama kelam kabut kluar.  

Kluar je terus jerit bagitau orang sekeliling suh jangan naik teksi tu, sebab ada orang lain yang dok menunggu nak naik teksi.  And time tu memang rasa nak nangis sangat sangat lah.  Sepanjang hari dok rasa seram sejuk.  Bila balik keja petang tu call arrange mintak kawan Mama tolong mai ambik kat komuter.  Alhamdulillah laa tak jadi apa apa yang lebih teruk, Alhamdulillah selamat.

Tu lah ceritanya kenapa Mama ni jadi penakut naik teksi, and seboleh boleh nya akan elak naik teksi sorang sorang.  Tapi skarang dah brani skit, kalau tak dak pilihan lain Mama akan naik gak cab sorang sorang, tu pun tawakal je laa and yang jarak dekat. 

Tapi sampai skarang habit Mama bila naik teksi ialah tak kan terus masuk.  Mesti akan check dulu tengok teksi bermeter atau tak, tengok drivernya nampak ok ke tak (kalau nampak scary Mama tak naik), tengok kat dashboard ada tampal no plat ke tak.  Pastu sebaik masuk teksi tu Mama akan call Ayah or call sesapa je laa bagitau Mama dah naik teksi dari mana nak kemana, just in case.  And harap driver teksi tu akan dengar and pikir dulu sebelum buat apa apa yang tak elok.

Alhamdulillah, so far tak pernah terkena lagi peristiwa cam dulu tu. Ye laa bukan semua driver teksi yang camtu kan, ramai lagi yang ok & baik je.  And hopefully it will never happen again lah, InsyaAllah. Mintak dijauhkan laa daripada perkara perkara yang tak elok...

Can't Sleep...

Salam dears,
It's 2 am and I can't sleep...err more like I choose not to sleep yet.  Bukan nya tak ngantuk tapi hati tak senang dengar si Fauzi dok batuk batuk, saja nak berjaga jap standby kot kot dia batuk makin teruk sampai muntah or sesak nafas.  

So nak bagi leh berjaga nih mari kita berblogwalking di pagi hari sambil update blog, walaupun otak tengah tepu.  Mama membebel merapu je boleh eh? ;-)

Rasanya si Fauzi batuk batuk ni part and parcel of allergic gatal gatal yang si kembar kena dari hari Jumaat lepas lah nih.  Sebab masa check tu doctor dah bagitau yang tonsil bengkak, tiga tiga orang pun (kesan allergic tu).  And bila tonsil bengkak mudah laa jadi batuk batuk and leh demam.  If batuk + demam, leh kena asma attack.  So opkos laa Mama jadi risau bila dia asyik dok batuk batuk nih, badan dia pun dedar dedar skit.  But so far tak demam lah.

Alhamdulillah Fahmi and Faris tak batuk batuk sama skarang nih.  And gatal gatal kat kulit diorang pun nampak cam dah berkurangan, so lega skit hati ni.  Cuma skarang ni risau bila dengar batuk batuk tu lah.  Hopefully sekadar batuk batuk biasa je.  And hopefully cepat sembuh...esok dah keja dah...sian plak kalau time tak sihat pun kena hantar taska kan... :-(

Friday, September 23, 2011

Tensyennya!

Salam dears,
Ni tengah nak rushing balik nak bawak si kembar ke klinik. Sebab tadi cikgu taska call bagitau si kembar tak sihat, tiga tiga orang badan naik merah bengkak gatal gatal.

Tapi star lrt dari masjid jamek ni rosak la plak, tren tak jalan. Staf situ kata lama lagi. So alternatif naik komuter dr kl sentral ke bdr tasik slatan.

But komuter pun tren delayed jugak. Kluar opis dari kul 10.30 pagi tadi, tapi kul 12.20 baru dapat naik tren :-(

Klinik pakar kanak kanak si kembar biasa jumpa plak tutup kul 1 pm hari ni. Konpem tak sempat dah. Arghhh tensyennya!!!

Time tengah rushing la jadi camni. Sabar sabar :-(

Thursday, September 22, 2011

Camna Latih Si Kembar Duduk Carseat?

Salam dears,

Susulan daripada entry pasal si kembar main towel dalam keta, ada sorang reader ni, Ibu Kembar 2, tanya Mama ada tak tips untuk bagi anak stay in carseat?  Agaknya Ibu Kembar 2 tanya nih sebab tengok si kembar tiga ni nampak cam baik je dok dalam carseat kot?  Sebelum ni pun twins mom, MaMa CyDa and a few other readers pernah tinggalkan komen pasal nih.

Well actually si kembar ni ada gak buat perangai tanak stay in carseat. Dah namanya budak kan, mesti laa lagi suka bebas daripada terikat camtu hehe.  Tapi protes camna pun Mama & Ayah tetap akan paksa suh duduk jugak.  Lama lama diorang dalam terpaksa tu rela je laa duduk diam diam hehehe.



Anyway, hari ni Mama nak sharing ngan korang cara Mama & Ayah latih..errr paksa…si kembar tiga untuk duduk dalam carseat.  Nak kata tips tu tak lah kot, cuma ni lah yang kitorang praktikkan:
  • Asal naik keta je si kembar nih mesti akan diletakkan dalam car seat masing masing, walaupun perjalanan jarak dekat.  Mama tak akan pangku/riba any one of them.  So maybe that's why diorang dah terbiasa duduk carseat.  

  • But skali skala ada gak laa budak tecik 3 orang ni protes tanak masuk carseat, buat perangai bagi susah nak ikat seat belt laa, keraskan badan tanak duduk laa etc etc.  Tapi Mama & Ayah akan paksa suh duduk jugak.  Sesapa yang protes buat perangai tanak duduk carseat akan kena marah & di cubit cubit manja hehehe.

  • Kalau si kembar menangis skali pun, tak akan dikluarkan dari carseat.  Silap silap kena marah lagik ada laa *cian haha!*

  • Kalau masih degil tanak duduk, Mama/Ayah buat trick nak tinggal kan je.  Contohnya Mama akan kata “Ayah, Fahmi tanak duduk laa Ayah, dia tanak ikut.  Ok lah kita tinggal kan je laa dia, babai!” pastu letak dia kat luar and buat buat kekunun nak tutup pintu keta.  Time tu konpem kelam kabut budak tecik ni meraung nak masuk balik, nak ikut.  Kejam kan? Kejam…kejam...hahaha! ;-)

  • Kalau dah masuk car seat, dah ikat seat belt, keta dah jalan pun still bising suh bukak, Mama guna trick yang sama “Ayah, berenti tepi jalan ni Ayah, kita tinggalkan Fahmi.  Dia tanak ikut, tanak duduk carseat”. Again, memang akan meraung la budak tu.  Time tu laa Mama pujuk kata “Ok Fahmi budak baik kan? Fahmi nak ikut kan? Nak ikut duduk diam diam ok? Good boy!”.  InsyaAllah lepas tu kejap je diam.  Pernah skali tu, Ayah betul betul berhentikan keta tepi jalan.  Tapi opkos laa trick tipu tipu je, giler apa nak tinggalkan anak hehehe

  • Mama tak akan kluarkan dari carseat and pangku/riba any one of them, sebab kalau riba sorang, yang lain pun mesti nak jugak.  Kalau sorang tak duduk carseat, yang lain pun mesti tanak.  So semua mesti duduk dalam carseat, no compromise!

Hmm lebih kurang camtu laa cara kitorang melatih..errr memaksa si kembar tiga ni untuk duduk dalam carseat.  Tapi tatau laa cara camni akan berjaya ke tak untuk anak anak korang, lain budak lain perangainya and lain lah approachnya kan.  Sesapa parents diluar sana yang ada tips, kongsi kongsi kan lah yer :-)


Tuesday, September 20, 2011

Terkurung Lagi!

Salam dears,
Ini cerita hari Ahad lepas, cerita yang bila di ingat Mama rasa nak tergelak ada, rasa Ya Allah syukurnya tak jadi apa apa pun ada gak.  Ini cerita tentang budak tecik bernama Fauzi.

Alkisahnya hari Ahad lepas kitorang bawak si kembar tiga orang ni pi main main kat tempat permainan kat food court di Jusco Keramat sebab situ berpagar so senang laa skit nak kawal budak lasak tiga orang nih.  Walaupun tempatnya kecik je, cukup lah untuk mengeksitedkan and menggumbirakan si kembar nih, it's better than terperap kat umah kan? :-)


Since tempat tu berpagar and locationnya plak kat food court, sambil dok tengok si kembar nih skali skala Mama and Ayah bergilir gilir lepak jap kat meja makan ais kacang.  Tapi sambil makan sambil on standby mode lah, mata melilau kiri kanan depan belakang tengok kot kot ada yang terlepas kluar lari ntah ke mana or ada yang jatuh ke bergaduh ke ngan budak budak lain ker, kang haru plak.

But even on standby mode pun, ada laa gak skali skali terlepas pandang kat sorang, maklumlah ada tiga yang nak diawasi kan, bukan senang.   So ada satu masa ni tengah Mama dok sibuk tolong Ayah handle Fahmi and Faris yang pakat berebut nak panjat meja kerusi kat situ, tetiba terdengar "Uwaaaa!!!" suara budak meraung punya kuat dari dalam tempat main tu. 

Ehhh macam suara anak aku laa!  Kelam kabut Mama lari masuk mencari si Fauzi kat area tangga sebab tadi masa Mama tinggalkan dia dok main kat situ.  Toleh kiri kanan tak nampak dia, yang ada cuma suara dia dok meraung kat situ, ehhh mana plak anak aku nih???

Tengok tengok dia dok menangis kat area bawah tangga, refer pic kat bawah ni, tempat yang berpalang kuning tu, dia terkurung dalam tu!  Macam mana dia masuk ke situ Mama pun tatau, sebab tempat tu bertutup berpalang, tak dak pintu masuk.  Agaknya dia menyelit masuk kot lubang lubang palang tu lah kot, pastu tatau camna nak kluar, terperangkap! 


Memang dia meraung giler kuat ngan air mata berjurai jurai hingus meleleh leleh.  Mana tak nya, kat bawah tu gelap and kotor!  Terpanik gak laa Mama sekejap, pusing keliling cari gak kot kot laa ada pintu ke lubang nak kluar kan dia, but memang tadak.  

Tengah tengah dok pikir tu, datang laa sorang staff food court, dengan selamba je kata kat Mama "takpa kak, biar saya buat".  Pastu dia releks je bagi arahan suh si Fauzi baring, hulurkan kaki kot lubang paling bawah skali and pelan pelan tarik Fauzi kluar.  Memang macam professional lah staff food court tu handle the situation.  Time tu terlintas difikiran Mama, maybe dah slalu jadi camni kot tu pasal dia releks je dah tau apa nak buat, lubang mana leh muat budak etc etc kan.

Yang si Fauzi plak, sebaik saja kluar dari situ terus meluru peluk Mama sambil menangis teresak esak.  Baju, muka, kaki, tangan, rambut dia semua belemoih giler lah, melekat sampah & habuk ntah apa apa, hitam berdaki!  Dalam area bawah tangga tempat dia terkurung tu memang kotor wokeh, ntah apa sampah habuk & sebagainya yang ada kat bawah tu, yukss!

Lama gak dia peluk Mama tanak turun, nak berdukung sambil dok nangis.  Sian betul lah kat dia.  But lepas dah pujuk pujuk, dia okay and nak plak sambung balik main.  Cuma dia tanak pegi dekat tempat dia terkurung tu, trauma kot hehehe

Bila Mama ingat ingat balik, trasa klakar pun ada dok pikir camna laa dia leh masuk bawah tu.  Serius, sebelum ni Mama tak terpikir langsung yang dia boleh masuk kat dalam tu sebab tempat tu kan bertutup berpalang.  Boleh plak tu tau masuk tapi tatau kluar hehehe.  

Tapi, bila pikir panjang... ishh nasib baik tak tersangkut terstuck badan sampai kena potong palang tu ke apa ke.  Also, nasib baik dia nak ikut arahan from a total stranger and nasib baik masa tarik dia kluar takde tersangkut tangan terpatah tulang bahu ke etc etc.  And...nasib baik dia masuk sorang je, kalau masuk berdua or bertiga with Fahmi & Faris terkurung ramai ramai dalam tu, mesti lagi kelam kabut and susah nak kluarkan. 

Haiii laaa Fauzi ooiii, tu laa curios sangat semua tempat nak explore, kan dah terkurung terus.    Hmm anak ohh anak, macam macam hal... *sigh*

 Lenkali dok main baik baik camni je ye Fauzi  ;-)

Friday, September 16, 2011

Dalam Keta Pun Boleh...

Salam dears,
Si kembar tiga orang ni kan memang suka main towel.  Dalam keta pun sama, asal ada towel je dah leh jadi mainan pojaan hati and gelak kuk kik kuk kik hehehe.  Orang gantung towel tu nak lindung daripada panas matahari, tapi dapat kat si kembar nih lain plak jadi nya.  

Dari kiri: Fauzi, Fahmi, Faris

Ni video masa dalam perjalanan balik dari Lunas ke KL masa Raya baru-baru ni.  Sepanjang 7 jam perjalanan, 2 jam je si kembar tido, lagi 5 jam tu kecoh menyanyi laa, main towel laa, gaduh gaduh sayang laa etc etc.  

Tapi yang pastinya asal budak tecik tiga orang ni celik mata jer konpem kecoh kan. Takpa laa janji diorang enjoy, daripada diorang meraung mengamuk sepanjang jalan baik laa diorang bergumbira bersama towel kan? ;-)

Kalau korang nak tau, lagu "Yaya bip bip bip.." yang si Fauzi dok nyanyi tu ialah copycat lagu 'Saya Anak Malaysia' tapi dalam versi si kembar hahaha!  Mama dapat agak pun sebab perasan yang dia start nyanyi tu lepas tengok video klip saya anak malaysia kat TV, pastu rentaknya sama and bila Ayah nyanyikan versi yang betul, dia semangat ikut.  Cuma wordingsnya ntah apa apa hehehe 

Walaupun Mama & Ayah dah berpuluh kali ajar nyanyi dengan betul, sampai hari ni still dok nyanyi ikut sesuka hati sesedap rasa dia jer - "Yaya bip bip bip..".  Faris & Fahmi pun ikut nyanyi camtu jugak.  Hmmm sukati korang laa nak oiii, layankan je laa hehehe :-)

Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday #6

Salam dears,

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

??????

Tuesday, September 13, 2011

Birthday Lagi...

Salam dears,
Bulan September ni memang bulan birthdays untuk family Mama.  4 September yang lepas ialah birthday si kembar tiga, then 9 September birthday blog ni and the day anak saudara Mama dilahirkan.  And hari ni, 13 September plak ialah birthday...

...En Zarul a.k.a. my hubby a.k.a Ayah.

The birthday 'boy' with bday present from me - 
Ed Hardy Love & Luck perfume gift set.
Ish ish ish wangi nya Ayah hari ni, slalu bucuk masam hehehe!

 Bday present from my parents, mesti baca ni tau Ayah 
*tak baca nanti aii repot haha!*

3 orang budak tecik turut menyibok,
Ayah test perfume diorang pun sibuk hulur tangan

 Tengok laa tu muka excited tu, siap jerit yay yay macam diorang yang dapat hadiah.  Pastu pakat sibuk mintak hadiah tu dari Ayah...errr bukan hadiah untuk korang laa nak oiii! *sigh*

 Terus meraung mengamuk ngamuk bila Ayah ambik simpan hadiah tu semua hahaha!
(ni Fahmi & Fauzi)

Alalala ciannya dia hehehe (ni Faris)

Yang lawaknya masa Mama bawak kluar hadiah ni sambil ajak si kembar nyanyi 'selamat hari jadi' pagi tadi, Ayah pandang Mama dengan muka yang sangat konpius & blur sambil kata "ehh sapa nya...???".  Lerr rupa rupanya Ayah completely forgot that today is his birthday!  Ish ish ish orang dah tua laa katakan, sudah ada sikit nyanyuk ye Ayah?  hahaha!

Anyway, Happy birthday Ayah!
Moga panjang umur, murah rezeki & always happy.
May we continue to celebrate many, many more birthdays together :-)

Hmm nanti ujung bulan September akan ada birthday lagi.  Adehhh robek poket ku bulan nih wehhh hehehe!

Monday, September 12, 2011

Tarzan Pekan

Salam dears,
Korang pernah tengok tak Tarzan yang duduk kat pekan...or bandar?  Or more specifically, Tarzan yang dok apartment?  Tak pernah tengok?  Hmmm meh sini Mama nak tunjuk...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ni lah dia geng 'Tarzan' kat apartment Mama nih.
Tarzan utan panjat pokok, Tarzan pekan panjat ampaian *sigh*


Ni pic lama sebenarnya, Abah Mama yang snap.  
1st time Mama tengok, trasa "mak aih anak anak ku, awat laa lasak sangat nih?"

OoooOOOooooooo!!!...
Tarzan ni cekeding je tak dak muscle heheheh

Ni pic semalam...Tarzan ke ahli akrobat nih? hehe

Hmmm boys will be boys... tapi bisa luruh jantung ku wehhh...haishhh!

Anak Baru

Salam dears,
Setelah 2 hari menyepi, hari ni Mama nak bagitau korang Mama dah dapat anak baru.  Perkenalkan...anak saudara Mama yang terbaru...

Adam Asyraf bin Helman Razani
Born on 09/09/2011 @ 10.19 a.m. @ 2.99kg

Ni lah anak sulong adik bongsu Mama :-)
Congrats Dalila & Helman!
Welcome to the wonderful and exciting world of parenting.

Best kan tengok newborn baby camni, rasa sejuk je hati.  Hmmm bila tengok baby kiut miut camni, trasa cam nak ada baby lagik.  Tapi bila tengok heroes aii tiga orang yang lasak tak hengat tu, errr nanti dulu laa kot...ni pun dah rasa cam nak patah pinggang dah ni hehehe.  Tapi...kalau ada rezeki tak akan di tolak, ye dak? ;-)

Friday, September 9, 2011

Hari Jadi Saya

Salam semua,
Saya 'dilahirkan' pada 9 September 2010
Maknanya hari ini ialah hari jadi saya.
Saya sudah umur satu tahun laaa :-)

Jadi 'Mama' saya nak tukar 'baju' saya
sebagai besday present kununnya hehe ;-)

ni 'baju' lama saya...

ni plak 'baju' baru saya...

Tapi disebabkan 'Mama' saya ni tak pandai sangat,buat masa skarang 'baju' saya ni tak cukup cantik lagi.  From time to time still nak kena alter banyak lagik nih,nak bagi nampak clean & simple, but still nice & ceria. Yang cantik skarang ni cuma 'header' yang Sandra designkan ni je, kan? hehe

Apa apa pun, sempena hari jadi saya yang pertama ni saya ucapkan terima kasih beribu ribu lemon kepada korang semua sebab sudi singgah jenguk saya.  Rajin-rajin lah datang lagi yer.  And doakan moga 'Mama' saya ni terus bersemangat and rajin menghupdate saya hehe.

Sekian, terima kasih & salam sayang daripada saya,

;-)

Wednesday, September 7, 2011

Mata Duitan!

Salam dears,
Tak sangka, sungguh aii tak sangka...umur baru je masuk 3 tahun laaa, tapi sudah menunjukkan ciri-ciri mata duitan!  Dapat je duit raya, immediately depan depan orang yang bagi tu terus dikoyaknya sampul, kluarkan duit, and buang sampul!  

Perghhh ini kes habih madu sepah dibuang betul lah.  Dah tu, boleh plak dengan gumbiranya kipas kipas duit raya sambil kata "wowww anyaknyaaaa!".  Aiyrakkk memang kasi malu kompeni saja lorrr itu macam hehehe...

Hmmm tak yah crita panjang lah, korang tengok je laa sendiri aksi budak budak tecik nih....

Si Fahmi ni pelat pelat pun sakan dok ulang kira "one, tuu, twee, por, pie...one, tuu, twee, por, pie!"

 Perghhh siap kipas kipas duit yang aii tak tahan tengok tu haha!

Si Fauzi ni pun sama naik, dalam keta pun tak abih lagi 'admire' duit raya *sigh*

Aku kaya! Aku kaya! Yahoooo! ;-)

Haaa...kan Mama dah kata, ada gaya mata duitan kan, kan?
Errr ke gaya bakal tokay besaq nih?  hehehe


Tuesday, September 6, 2011

Celebrate Sakan wOoo...

Salam dears,
Birthday si kembar yang ke 3 tahun kali ni kitorang celebrate sakan tau.  Ekceli bukan laa buat party besar besaran ke apa ker, tapi celebrate sampai 2 kali - sekali kat kampung Mama and lagi skali kat umah parents Ayah kat KL ni plak.  So 2 kali laa si kembar ni potong kek, best wooo hehehe.  

Nah Mama tepek banyak banyak pics si kembar sambut besday, bagi korang tengok sampai muak haha! ;-)

1st Celebration @ Umah Wan & Opah, Lunas, Kedah

Kitorang celebrate awal on 2 September sebab 3 haribulan dah nak balik KL dah (birthday 4 hb).

Si kembar take turns potong kek, kecoh bila sorang potong kek and
yang lain sibuk nak calit kek *fenin*

Mama & Ayah with the birthday boys

Kek no 1 - dah potong baru tringat nak snap pic hehe

Mmm dappp... si kembar pulun makan kek.
Errr sebenarnya lebih kepada pulun lenyek kek tuh hehehe

Yay! Dapat hadiah from Mama & Ayah.
Remote control truck yang menjadi besday present pilihan hatiku ;-)

Macam orang memancing laa plak hehe.
 Malangnya pastu tali tu terpaksa di pendekkan sebab takut terbelit.  
Maklum lah si kembar ni kan suka bawak mainan masuk tido skali *sigh*

 
Wan & Opah bagi beskal sorang satu, yayyy!
Yang tergolek kat blakang tu si Fauzi, si kembar ni blum pandai kayuh beskal lagik hehe.

Fahmi & Faris ni gaya je lebih. Skali pandang cam pic copy paste kan?

Amboi happy nya Fauzi :-) 


2nd Celebration @ Umah Atuk & Nenek, KL

Celebration kat umah parents-in-law (PIL) Mama on 4 hb Sept ni leh dikatakan celebration yang tak plan pun sebenarnya.  Hajat MIL Mama nak buat BBQ, tapi ntah camna tak jadi buat, cancelled.  

But alang alang 4hb tu kitorang dah kat KL, Mama ajak Ayah jom bawak je laa bebudak ni celebrate kat umah PIL, bawak laa KFC skit & kek kecik sebijik ingat celebrate ngan PIL & adik adik Ayah je.  

But bila kitorang sampai sana, MIL kata ada uncle & unty kebetulan nak datang.  And diorang datang bawak makanan plak tu.  Pastu dari sorang bertambah ke sorang bertambah ke sorang yang datang, tup tup ehhh ramai plak sanak sedara yang dekat dekat situ pakat join.  Terus jadi meriah! 

 
Kek no 2 - kali ni ingat nak snap pic dulu sebelum potong hehe

Potong kek lagi skali yeehaaa!

Makanan penuh meja...
Thanks to everyone yang sponsor semua nih, pakat pakat bawak cam pot luck plak hehe

1st time si kembar makan satay.  Fahmi & Faris suka, Fauzi nanak.

Tokey satay tengah bungkus order hehe
Topi tu hadiah besday tu, thanks Mak Long & Pak Long.

Birthday boys terbaring keletihan...

Si kembar enjoy sakan sampai balik umah terlentok keletihan je semua hehehe.  Kali ni memang best laa sambut birthday si kembar.  Meriah!  Campur skali ngan Raya gak kan, so disamping dapat hadiah birthday dapat duit raya lagik, best, best, best!  

Terima kasih beribu ribu lemon to my parents, parents in law, adik beradik both sides Ayah & Mama, and saudara mara semua yang turut memeriah kan hari jadi ke-3 si kembar nih.  And thanks to korang semua jugak for all your wishes & doa.  Muah muah muahhh from si kembar tiga.  Next year InsyaAllah kita celebrate lagik yer ;-)

Sunday, September 4, 2011

Happy Birthday Boys!

Salam dears,
Jom nyanyi...

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Fahmi, Faris, Fauzi
Happy birthday to youuuuu!

tiup lilin plak...fuhhhh fuhhh!

 (pic cilok dari sini)

and muah muah muahhh for the birthday boys...
Dari kiri: Faris, Fahmi, Fauzi

Moga Fahmi, Faris & Fauzi akan membesar jadi anak yang soleh, taat perintah Allah, dengar cakap Mama & Ayah and jadi insan yang berguna, Amin.

Hmm cepatnya masa berlalu, dah tiga tahun dah umur si kembar hari ni...dah besar dah heroes Mama nih, Alhamdulillah :-)

Pics sambut birthday will be uploaded later yer, tungguuu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...