Si Kembar 3 Ni Cerewet!

Salam dears,
Si kembar 3 ni sangat laa cerewet bab makan.  Diorang nya taste simple je sebenarnya, masalahnya too simple.  Nak makan benda yang plain tadak sayur tadak lauk pauk, sooo tak seimbang! 

Contoh menu yang diorang suka - nasik goreng planta bertelur, macaroni goreng kicap, bihun kosong goreng kicap, cekodok..hmm benda yang simple simple camtu je lah.  And diorang sangat suka nestum perasa ikan bilis, skali makan abih sekotak wokeh.  Yup, dah besar panjang pun still makan nestum cam baby *sigh*

Pastu taste berbeza beza gak.  Si Fahmi suka makan benda ada rasa sos, but si Fauzi plak tak suka sos.  Kalau goreng bihun ke apa apa yang letak sos konpem dia makan skit ujung ujung sudu jer.  Si Faris senang skit, at least dia nak gak try makan apa apa benda baru.
 
Jadinya sebagai seorang tukang masak tak profesional, aii fenin kepala laa wehh... Tatau camna nak variety kan makanan anak anak.  Kadang kadang rasa frust + geram pun ada bila kita beria masak tapi anak anak tanak rasa pun, siap tutup mulut rapat rapat pejam mata tanak tengok makanan. Sedey wokeh huhuhu! 

Abihnya, Mama buat camni - masak je apa yang tiga tiga orang akan makan (cth nasik goreng planta) pastu bagai daily vitamins to make sure diorang dapat what vitamins their body needs.

Or, hari ni masak something yang Fahmi + Faris akan makan, untuk si Fauzi sumbat biskut jacobs cream cracker banyak banyak at least biar dia kenyang.  Then esoknya masak yang Faris + Fauzi suka, Fahmi bagi makan roti Gardenia sampai kenyang.  By the way, Fauzi tak suka makan roti.  Si Fahmi plak kalau makan roti kena buang tepi tepi roti tu.  Hmm 3 anak teruna 3 taste berbeza, complicated kan? 

Apa? Ingatkan kembar so EVERYTHING sama? Ohhh no, no, no!  Memang ada benda sama, but they are still their own different person with different personalities, likes and dislikes yer.

Ni pic last weekend, masak nasik lemak ayam goreng.  
Pastu biar makan sendiri sorang sepinggan, dengan harapan diorang akan makan.  

But....

Si Faris sorang je yang makan ayam goreng tu, si Fahmi & Fauzi makan nasik kosong jer *sigh*  Nasib  baik laa Ayah nya pulun makan sampai buncit, kalau tak lagi frust aii hehe ;-)

Anyways, Mama tetiba tringat nak membebal pasal ni kat korang sebab dok tengah pikir nak masak apa laaa weekend ni nanti, long weekend kan, smangat skit nak masak.  Perghhh ni kalau opismate Mama baca sure fengsan, pasai aii ni pemalas masak hahaha!

Ehhh hari ni baru khamis laa, dah pikir pasal apa nak masak weekend nanti? Apa kes??? Hampeh! Nampak sangat dah tak sabar nak cuti kan hehehe *guilty!*

Labels: ,