Salam dears,
Dah lama Ayah tringin nak belikan mainan bop bag untuk si kembar. Niat dihati nak tengok anak anak teruna lasak tiga orang ni sakan bergumbira berkarate bersama bop bag. Memang itu lah fungsi bop bag kan, untuk dibelasah sesuka hati oleh para pemiliknya kan? hehe... Mula mula memang laa si kembar ni main seperti yang sepatutnya...
Mari kita belasah ini bop bag...
Kecoh dengan jerit pekik diorang pakat ber"heeyah! heeyahhh!"
Tapi...selepas beberapa hari, 'keganasan' si kembar nih hilang terus, dah malas nak karatekan bop bag tu. Instead, bop bag bertukar fungsi plak dah jadi...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
...jongkang jongkit!
Yup, diorang buat ala ala jongkang jongkit wokeh hehehe
Bergilir gilir bangun, duduk, bangun, duduk..haishh!
Bila 3 orang skali dah bukan jongkang jongkit, tapi kretapi plak kot hehehe
Pakat terbongkang...
Aik, main camtu lagi penat daripada berkarate kaa?
Itulah alkisah bop bag yang telah bertukar fungsi, samada jadi jongkang jongkit, kretapi, atau terbiar sahaja sebagai hiasan di corner tepi dinding, maklumlah nak hias umah ngan pasu bunga besar lawa lawa tak boleh takut pecah, hias ngan bop bag je laa kan hehehe.
Actually asalnya Ayah beli 3 bijik bop bag tu. Tapi 2 bijik dah selamat di 'modify' oleh si kembar sampai tak mampu nak berdiri lagik. Mana tak nya, dah abih berlubang kena gigit ngan si kembar nih, tiup laa sampai lusa pun takkan nya kembang balik bop bag tu. Last last tinggal laa sebijik ja bop bag nih, sepi seorang diri...sian...sian...hehehe :-)
p/s - Selamat Hari Raya Aidiladha uoll... kitorang tengah bergumbira di kampung Mama nih, tapi kejap je coz esok dah nak balik KL huhuhu...