Ulcer La Pulak...

Salam dears,
Bermula dengan allergy yang si kembar kena dari jumaat seminggu yang lepas, menyebabkan demam n tonsil bengkak. And now melarat jadi ulser mulut plak kat si Faris.

Dari awal kena allergy dah bawak ke klinik and ambik ubat, Alhamdulillah Fahmi n Fauzi allergy hilang n dah tak demam. Tapi Faris still tak baik baik, masih on off high fever.

Pikir maybe ubat tak serasi kot. So khamis lepas bawak jumpa pediatrician diorang plak, Dr Tan. Doc bagi ubat baru n antibiotik for Faris n Fauzi coz tonsil bengkak, and Fauzi pun badan dedar skit n batuk kahak banyak. Lepas kena antibiotik Alhamdulillah Fauzi got much better.

Tapi Faris tak berubah. And worst dia tanak makan n minum. Sejak khamis tu ada la kot 5, 6 sudu je bubur yg dimakan, tu pun lepas jenuh paksa. Susu n air pun terpaksa suap guna syringe baru dia nak minum.

Mama ingat sebab tonsil bengkak tu so try bagi makan aiskrim untuk surutkan bengkak. Tapi dia tanak gak, diludah ludah nya je. Maybe sebab sebelum ni tak pernah makan aiskrim so agaknya dia tak suka rasanya kot.

Pastu ada jiran bagi petua suh sejukkan susu dalam peti ais sebelum minum. Still dia tanak gak. Mati kutu Mama tatau nak buat apa dah. Tambah 'berdarah' hati ni bila malam dia tido tak lena kejap kejap bangun merengek "ma akit, akit". Mama yang rasa nak nangis dengar dia camtu :-(

Bangun pagi tadi tengok ada cam ulcer kat bibir dia, check tengok kat dalam mulut kat pipi kiri pun ada. Terus cepat cepat bawak ke pediatrician Dr Tan lagi.

Bila check Dr Tan pun terkejut tengok rupa rupanya dalam mulut dah penuh ulcer, kat pipi kiri kanan, atas lelangit, tekak n bibir. "It's very painfull, no wonder he doesn't even want to swallow his own saliva" kata doc bila tengok Faris dok kulum ja air liur.

So now Dr Tan bagi antibiotik jenis lain coz maybe yang sebelum ni tak serasi sebab tu tak berkesan, and ubat spray mulut untuk kurangkan sakit. Paracetamol pun mesti 4 jam skali even if dah tak demam, untuk kurangkan rasa sakit mulut.

Doc kata akan ambik masa 4 ke 5 hari gak la untuk baik sepenuhnya. As long as dia nak minum n tak dehydrated should get better soon. If tanak minum, worst come to worst kena masuk wad masuk drip air :-(

Hopefully tak lah sampai macam tu. Korang tolong sama sama doakan Faris cepat sihat ye. Thanks dears.

Labels: ,