Slowly Healing...

Salam dears,
Faris masih di tahan di wad, but Alhamdulillah doktor kata he is healing.  Slowly, but sekurang kurangnya dah nampak improvement. 

Ada hati nak melasak tu hehe

Tu pic lewat petang smalam.  Lepas dah masuk drip air, badan rasa bertenaga skit agaknya, terus ada hati nak melasak.  Tapi nak bergerak memanjat sana sini still tak brapa larat, dapat panjat tiang drip tu pun jadi lah kan hehehe.  Muka still masam mencuka, and pipi kembung sebab dok kulum air liur, dia tanak telan sebab sakit kot.  Lama lama meleleh je air liur tu, tiap kali lap Mama yang rasa sedih and alahai siannya anak aku nih...

 Muncung jer...

Ni plak pic pagi tadi, muka cebek muncung sebab marahkan Mama coz paksa dia makan ubat.  Ditampar tamparnya Mama sekuat hati dia tau.  Takpa, pukul lah Mama kuat kuat pun takpa, janji ubat mesti telan.

 Kul 7.00 pagi tadi berjaya makan biskut skit.

Dari smalam lagi Mama tengok dia dah tunjuk keinginan nak makan.  Dia dok laa sapu makanan (biskut & jelly) kat bibir dia, tenyeh tenyeh ambik rasa je kot, nak telan tak brani lagi smalam.  Time tu sian sangat tengok dia tau.  Pagi tadi Mama cuba lagi bagi biskut chipsmore.  Bila di pujuk pujuk, dia marah melawan tanak makan.

Tapi bila Mama biarkan je and buat buat tak pandang dia, pelan pelan dia gigit biskut tu skit skit hehe.  Alhamdulillah dapat laa gak habiskan sekeping biskut mini chipsmore tu.  And tadi dalam kul 10.30 pagi Mama call tanya dia dah leh makan koko krunch skit skit dah, Alhamdulillah.  Cuma minum je blum lagi, dia masih tamau lagik.

Actually hari ni Mama dah masuk keja dah.  Memang berat hati ni nak tinggal kan dia, tapi kena gak datang keja hari ni, ada benda perlu disiapkan.  Nasib baik laa parents-in-law Mama boleh tolong jaga kan si Faris kat wad tu.  At least ada gak orang yang dapat membantu kitorang bila perlu, lega sangat.  Parents Mama plak tak dapat nak datang sebab menjaga adik Mama yang sedang berpantang kat kampung.  Tapi tiap tiap hari pagi petang call tanya khabar, ye laa mesti risaukan cucu ni kan ;-)

Ni tak sabar rasanya nak balik , hati lagi tenang bila anak di depan mata sendiri.  Cepat laa baik ye Faris sayang, boleh balik umah main ngan Fahmi & Fauzi.

Owhhh rindunya kat Fahmi & Fauzi.  Masuk hari ni dah 3 hari tak jumpa diorang tau.  Walaupun umah ngan hospital tu dekat je, tapi Mama langsung tak balik umah.  Hari ni lepas keja pun akan terus ke hospital jaga Faris.  Ayah plak jaga Fahmi & Fauzi di umah.  Siang diorang berdua kat taska.  Mama tak bagi Ayah bawak Fahmi & Fauzi ke hospital sebab takut kang si Faris meraung nak ikut balik plak.  Lagi pun, tanak laa bawak budak yang tengah sihat ke hospital.  Situ kan banyak kuman & penyakit, baik laa elakkan takut terjangkit plak.

Hmmm sabar sabar, buat lah apa saja yang perlu, tahan laa rasa rindu, asalkan anak anak sihat.  Itu yang penting kan? :-)

Labels: ,