Roommate ku


Salam dears,
Ni la 'roommate' terbaru Mama kat wad ni. Tu si Fahmi, baru admitted petang ni. Sebabnya dia batuk batuk n ada throat infection jugak, but tadak ulcer.

Actually smalam doc dah check Fahmi n bagi antibiotik then suh balik ja. Masalahnya Fahmi langsung tanak telan antibiotik tu coz rasanya tersangatlah pahit.

Sudahnya doc suh admit je la supaya boleh bagi antibiotik melalui injection. Sebab kalau dibiarkan, most probably akan jadi sakit sama cam Mama n Faris.

Adoi penat gak lah orang sakit ni nak menjaga budak yang tak brapa sakit n sangat aktif. Sana sini dia nak melasak, tanak duduk diam. Cam kartun plak Mama ni mengejar dia keliling wad sambil tarik tiang drip, cam nak fengsan aii hehehe

Tapi takpa lah, kalau fengsan pun tak risau sebab dah memang kat hospital kan hahaha! ;-)

Labels: , ,