Mama Pulak...

Salam dears,
Setelah Faris sihat, now giliran Mama pulak untuk sakit. High fever n sakit tekak. Sakit pedih seluruh tekak n salur telinga, telan aiskrim pun sakit kluar air mata la jugak. Kepala sakit, badan rasa lemah, seram sejuk. Ini baru sakit tekak, macam mana la agaknya seksanya si Faris hari tu ulcer penuh mulut, siannya kat dia :-(

Masa Faris sakit, banyak kali gak la bila Mama tak sanggup tengok dia dalam kesakitan, maka terlintas dalam hati Mama "Ya Allah sembuhkan lah anakku, bagi penyakit kat aku pun takpa asalkan anakku sihat". Mungkin inilah dia, penyakit pindah dari Faris ke Mama, Wallahualam. Tapi takpa, asalkan anak anak & hubby sihat, tahankan je la.

Episod sakit kali ni betul betul menguji, lepas satu satu, bertimpa timpa. Biarlah berakhir dengan Mama, moga si kembar tiga dan Ayah terus sihat.

Ni Mama taip entry ni di henpon sambil berbaring ja, skit skit dari smalam ni baru dapat dihabiskan. Mohon korang doakanlah agar kami sekeluarga sihat. Thanks!

Labels: ,