Harap Harap Berkesan...

Salam dears,
Disebabkan risau sangat Faris langsung tanak makan minum, petang smalam kitorang bawak dia ke hospital, ingat nak masuk drip air.  Sebab pediatrician ada pesan suh buat camtu, takut dia dehydrated.

Sebelum pegi tu Mama ni siap dah packing barang semua dok bajet kot kot kena tahan wad for a few days.  Tapi bila jumpa GP kat situ, doc kata no need to be warded coz so far air dalam badan dia still ok, tak dehydrated.  Lagi pun time tu Faris tak demam. And doc kata ubat antibiotik yang pediatrician bagi memang antibiotik yang cukup bagus dah.  (Tapi balik umah malam tu dia demam plak, haishhh...)

Kata doc most probably si Faris still tanak makan minum sebab sakit sangat dalam mulut tu, mungkin ubat spray yang pead bagi sebelum ni tak berkesan.  Doc kata ulcer tu memang susah nak baik kalau dia sendiri tanak minum, mulut kering lagi laa bertambah ulcer. 

So doc suh tukar guna ubat spray Difflam ni plak.  Kebetulan time tu ubat ni out of stock kat farmasi hospital tu, so doc suh pi beli kat farmasi Watson je.  Harganya RM25 kalau tak silap Mama.

Doc suh spray 4 ke 5 kali sehari, 1 spray each time.  Malam tadi sempat laa spray 2 kali, sekali tu betul betul sebelum masuk tido.  And rasanya macam ada kesan positif.  Walaupun dia still ngadu sakit, tapi sepanjang malam tadi sampai pagi ni dah 3 kali si Faris bangun mintak nak minum susu, sedangkan the past few days dia langsung tanak minum.  So I'm really hoping ubat Difflam spray ni akan berkesan untuk sembuh kan ulcer dalam mulut dia tu, InsyaAllah.



Difflam Spray is useful for the temporary relief of painful conditions of the Mouth and Throat including Sore Throat, Tonsillitis, Mouth ulcers, Pharyngitis, and pain following Mouth or Throat surgery and pain following dental procedures. 
(pic & description from here)

Hari ni Mama terpaksa ambik emergency leave tak pegi keja lagi, sebab nak jaga si Faris kat umah to make sure ubat betul betul berkesan and dia boleh makan minum sendiri.  Kalau hantar ke taska Mama risau cikgu cikgu tak dapat nak bagi perhatian sepenuhnya kat dia, maklumlah budak budak kan ramai yang nak dijaga.  Buatnya si Faris ni buat perangai & masih nak kena paksa suap guna syringe, tak menang tangan cikgu nanti.

Apa apa pun, Mama harap sangat Difflam spray ni akan membantu Faris untuk cepat pulih, Amin.


note: penggunaan Difflam spray ni untuk kanak kanak bawah umur 6 tahun mesti dengan arahan doktor saja yer.

Labels: ,