First Time!

Salam dears,
Si kembar tiga ni jenis yang tak suka potong rambut.  Everytime Ayah nak potongkan rambut diorang tu, memang pakat protes meraung raung laa, especially si Faris tu haaa.  Nak potong rambut dia sorang pun kadang kadang sampai setengah jam tak siap siap lagik, jenuh kena pujuk bagi mainan macam macam, sampai kecut laa jari dok main air semua (coz potong rambut dalam bilik air).  So bila tiga orang, korang bayangkan je laa brapa lama, fenat barber aka Ayah tau...

So hari Sabtu lepas Mama ajak Ayah jom laa try potong rambut si kembar ni kat kedai mamak plak.  Memula sampai kedai, semua pakat excited menonong je masuk.  Maklum lah first time pi kedai gunting rambut, pakat heran tengok mamak tu dok potong rambut customer lain.  Pastu mula laa buat kecoh dalam kedai tu, memang tatau malu langsung...haishhh!

But bila sampai giliran diorang untuk gunting rambut, pakat lari bertempiaran, takut! Jenuh kejar satu kedai, nasib baik laa kedai kecik je.  First skali dapat tangkap si Fauzi.  Memula walaupun cuak tapi dia ok gak laa, dok diam.  But halfway dah start bising nanges nak turun, rimas bila rambut kena leher dia agaknya.  

Lepas Fauzi siap, tangkap si Faris plak.  Sama je reaction, protes gak.  Last skali si Fahmi punya turn, "nanak! nanak!!!" dia jerit sekuat hati sambil melawan meronta ronta.  Mamak tu pun fenin agaknya tengok dia hehe.  Tapi bila gunting rambut kat area telinga, dia gelak plak dah sebab geli hehehe.  

Sampai sampai je dah buat kecoh cam kat umah sendiri *sigh*

Pakat heran tengok mamak tu dok potong rambut.

Aktiviti panjat memanjat kerusi seperti biasa wajib lah ada.

Mirror mirror on the wall, who's the fairest..errr handsomest of them all? hehe
 
Serabut nya rambut Faris ooiii!

Start ngan Fauzi, muka cuak tu haa...

Udah nanges..tak macho aaa Fauzi hehehe

Lepas tu giliran Faris plak.  Pic dia tak banyak dapat snap sebab mamarazzi sibuk tolong pegang dia time potong rambut tu, coz dia asyik protes nak bangun *sigh*

Last skali si Fahmi.  
Meraung meronta ronta tanak naik duduk atas kerusi tu hehehe

Gelak plak dah...geli aaaa!
Sepanjang potong tu selang seli sat nanges sat gelak.

Pantang nampak baju ada pic transformer/action figures, harus lah ditenung ye Fauzi? Memula budak baju merah tu terkejut and nak lari gak bila si kembar ni ramai ramai kerumun tenung baju dia, lama lama dia relakan je laa.

Siap! Jom balik jom...

Walaupun si kembar ni pakat takut, protes and meraung raung, but all in all potong rambut kat kedai mamak ni lagi senang daripada Ayah potong kat umah.  Sebab dalam masa lebih kurang 30-40 minit je dah siap semua.  Kalau kat umah, kadang kadang lebih 2 jam baru siap tau, pasai Ayah susah nak kawal bila diorang protes/meraung/melarikan diri.

So now Ayah pun agree "pasni kita pi kedai je laaa".  Hmmm akhirnya Ayah dah 'letak jawatan' sebagai barber si kembar ;-)

Labels: ,